SPRM Merekodkan Keterangan 20 Saksi

KUALA LUMPUR 8 Jun, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan keterangan 20 saksi bagi membantu siasatan kes pengeluaran pas palsu khusus untuk pekerja asing yang didalangi sebuah syarikat tempatan beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan.


Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim, berkata semua saksi memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Suruhajaya itu masih mengumpul lebih banyak bukti dan cuba mengesan saksi bagi mengukuhkan siasatan kes berkenaan. Setakat ini, semua saksi ialah majikan dan juga pekerja asing yang memiliki pas berkenaan memberi komitmen untuk menjadi saksi di mahkamah.


Sebelum ini, Berita Harian mendedahkan kegiatan sebuah syarikat berlatarbelakangkan perniagaan pembekalan dan penyediaan pekerja asing yang beroperasi sejak 1999, mendakwa mendapat kebenaran Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan pas pekerja yang sah selama setahun dan boleh disiapkan dalam masa 15 minit. Syarikat itu turut menyediakan pakej lengkap membabitkan tiket kapal terbang yang dibeli majikan. Hasil pendedahan itu, pengarah syarikat berusia 70an ditahan reman untuk membantu siasatan.


Hishamuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Akta SPRM 2009 kerana membabitkan perbuatan menipu orang awam, termasuk warga asing. SPRM akan serahkan kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan mendapati, permis syarikat terbabit tidak lagi beroperasi sejak pengarah urusannya ditahan SPRM bulan lalu. Hishamuddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi SPRM Negeri Sembilan di talian 06-7625446/06-7620207. Orang ramai juga boleh menghubungi Ketua Unit Siasatan SPRM, Pauzi Mohd Noor di talian 019-6143321

2 ulasan:

  1. SYABAS KAT SPRM SBB JLNKAN TUGAS DGN BAIK. CUMA HARAP2 LEPAS NI PERLUASKAN SKOP SIASATAN. SIASAT JUGAK WARGA2 ASING DI SABAH DAN S'WAK. SBB FUCKATAN DI JANGKA AKAN TIMBULKAN LAGI ISU PENDATANG SBLUM PRU13 NANTI HUHUHU

    BalasPadam
  2. Rasanya masalah yang Jeff kata ni, dapat diatasi kerana kerajaan Sabah telah memasang sistem biometrik di setiap pintu masuk laut, udara dan darat dan sudah digunakan sepenuhnya dalam bulan ini.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular