55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Penggunaan Penuh Sistem Biometrik Di Sabah

SANDAKAN - Sistem biometrik mengimbas cap jari telah siap dipasang disemua pintu masuk laut, udara dan darat di negeri ini pada April lalu, kata Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek.


Menurut beliau,sistem yang membolehkan maklumat warga negara asing yang masuk ke negara ini dipantau dengan lebih berkesan itu telah menjalani ujian sepanjang Mei lalu dan digunakan sepenuhnya bermula bulan ini.


Jelas beliau, menerusi sistem itu maklumat mengenai warga asing yang masuk ke negara ini termasuk dalam isu tinggal lebih masa, penggunaan pasport palsu, lokasi mereka masuk dan keluar akan dapat diketahui.


"Sehingga hari ini penggunaan sistem yang mengimbas cap jari itu didapati berjalan dengan lancar dan sistem ini mampu mencegah jenayah rentas sempadan terutama di Sabah dalam menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya disini hari ini.


Dalam isu berkaitan, Mohammad berkata, pihaknya menahan empat individu rakyat asing termasukseorang warga Filipina yang dipercayai dalang dalam satu kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.


Menurutnya, empat dalang terdiri daripada dua rakyat Filipina dan dua lelaki tempatan berusia antara 39 dan 40 tahun itu ditahan dalam satu operasi baru-baru ini. Jelas beliau, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen.


Pssstt, sekiranya kerajaan mampu gunakan alat ini disetiap pusat mengundi pada PRU-ke13 nanti bagi mengelakkan pengundi hantuuuuuuuuu...huhuhu..  

1 ulasan:

  1. HAAAA INI MCM BARU FIRST CLASSS!!..TIP TOP!..LEPAS NI FUCKATAN BLEY REBOS BUKU JINGGAY BUAT ASAM PEDAS KEHKEHKEH

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E