55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Penulis Blog Didakwa, 14 Hari Kemuka Pembelaan

KUALA LUMPUR - Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana didakwa menfitnah beliau diberi tempoh 14 hari oleh Mahkamah Tinggi di sini khamis untuk membela diri.


Pesuruhjaya Kehakiman Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tempoh itu yang berkuat kuasa 30 Mei bagi Ahmad Mutalib Mohamed Daud mengemukakan keterangan pembelaan, demikian menurut peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais. Hakim Amelia, yang sebelum ini menemui Norhani dan Michelle Yesudas, peguam yang mewakili Ahmad Mutalib, turut menetapkan 30 Jun ini bagi pengurusan kes.


Pada 10 Februari lepas, Rais mengemukakan saman itu kerana mendakwa Ahmad Mutalib menyiarkan empat artikel antara 1 dan 7 Jan lepas dalam laman blognya di http;//sabahkini.net.


Alamat berdaftar Ahmad Mutalib ialah di Kota Kinabalu.


Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel-artikel yang disiarkan itu berniat jahat dan menfitnahkan beliau sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai seorang individu dan seorang profesional didalam dan diluar negara serta memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.


Rais menuntut gantirugi am, khusus, teruk dan teladan selain memohon perintah agar Ahmad Mutalib menggugurkan semua perkataan dan ayat yang berunsur fitnah daripada semua artikel itu.- BERNAMAN  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E