Perang Saraf Dari Musuh Anwar Sedikit Pun Tidak Memberi Kesan kepada PR

Dari kaca mata saya segala perang saraf yang di timbulkan oleh musuh-musuh Anwar Ibrahim hanyalah sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa sedikit kesan pun terhadap pakatan haram (PR)

Berbagai-bagai isu telah di keluarkan dan disiarkan melalui berbagai-bagai akhbar termasuk media cetak dan media cyber. Juga dibantu dari halaman Facebooker dan juga Blogger.

Apakah mereka ingat dengan menimbulkan berbagai isu dan mencabar supaya Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman mereka di mahkamah adalah satu jangkaan yang meleset teramat jauh.

Dalam hal ini siapa yang bijak dan siapa yang bengong?

Dari kaca mata-ku

Yang jelas pada K.B.E blogspot, kebingungan musuh-musuh Anwar nampak nyata bagai orang yang cetek ilmu. Maaf saya berkata demikian. Anwar adalah orang yang bijak menangani segala isu yang mereka timbulkan..!!

Boleh diumpamakan dikerat empat pun Anwar tidakakan mengheret isu yang ditimbulkan oleh mereka ini ke mahkamah kerana yang sakitnya adalah beliau. Siapa nak cari susah?

Jadi jelaslah kebuntuan hal ini masih menghantui musuh-musuh Anwar tertunggu-tunggu kenapa Anwar tidak saman mereka. Kalau anda semua tidak nampak maka saya kupaskan perkara yang sebenar.

Jikalau anda semua sudah cukup bukti dan yakin anda boleh menang didalam perbicaraan, kenapa anda semua tidak membuat saman kepada Anwar? Ini kesilapan yang nyata telah saya nampak bebingungan kepada musuh-musuh Anwar ini.
klik disini UMNO Online - Tuduhan Bawa Lari RM13 Billion : Anwar Senyap Lagi, Tak Berani Saman

Bagi pakatan haram ini semua lansung tak menjadi kudis, kerana hajat dan matlamat mereka hanya satu iaitu untuk menumbangkan UMNO dan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.


Apakah anda ingat segala ahli dari pucuk pimpinan sehingga keakar umbi dalam pakatan haram ini mahu membuat penilaian dari artikel dan kempen-kempen anda (iaitu musuh-musuh Anwar) tidak akan berbuat demikian. Kerana hajat mereka selagi UMNO dan Barisan Nasional tidak di tumbangkan selagi itu mereka tidak akan berdiam diri.


Ada lagi yang lebih malang, seandainya satu kes yang membolehkan Anwar di dakwa dan disabitkan dakwaan itu tidak dapat disangkal oleh peguambela yang dilantik oleh Anwar dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman, ini juga tidak melemahkan semangat pakatan haram. Mereka akan tuduh bahawa Anwar di zalim, di fitnah, konspirasi dan berbagai-bagai lagi.


PRU ke-13 ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipertahankan oleh Barisan Nasional. Bermula pada saat ini jika UMNO-BN tidak bersungguh-sungguh dan berusaha keras anda juga tahu keputusan yang akan terjadi.


Semua yang saya (K.B.E) terbitkan ini adalah dari pandangan kaca mata saya sendiri. Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya. Renong-renongkanlah...!!

2 ulasan:

  1. SLM BRO..MUNGKIN ANGGAPAN BRO ADE KEBENARANNYA. KITA BKN SUKA2 NAK HENTAM PUAK FUCKATAN TANPA SEBAB. PERLU DI INGAT KITA TAK MENGHARAPKAN SGT PUAK2 FUCKATAN BACA ARTIKEL DI BLOG2 PRO KERAJAAN SBB MEREKA LBIH BERMINAT MENERUSKAN AGENDA FITNAH DAN ADU DOMBA.

    JADI TUGAS KITA UTK TERUS COUNTER BALIK APA SAJA FITNAH DAN TOHMAH YG DIORANG LAKUKAN. DI SINI LA RAKYAT ATAS PAGAR AKAN MENILAI KEBENARAN ATAU KEPALSUAN.

    LAGIPUN MEDIA2 CETAK YANG PRO KERAJAAN PUN TAK KURANG PENTINGNYA. APA YG KITA LAKUKAN SKRG ADALAH APA YG KITA PERCAYA SELAMA NI. DEMI UTK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...YEZZEKKKK!!

    BalasPadam
  2. WA'ALAIKUMSALAM SAHABAT SAYA jeff: SAYA TIDAK MENYANGKAL SEDIKIT PUN KOMEN SAHABAT, KERANA APA YANG DIKATAKAN ADALAH BENAR.

    BERBALIK KATA SAHABAT, KEPADA MEREKA YANG ATAS PAGAR. MEMANG KITA SUDAH DAN SEDANG MENJALAN USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENANGKIS TOMAHAN DARI PUAK PAKATAN HARAM, KITA JUGA BERHARAP YANG DI IBARAT ATAS PAGAR ITU DAPAT MENILAIKAN. KEBENARAN.

    APA YANG SAYA PERTIKAIKAN, KELAMAHAN MASIH LAGI KETARA DIPIHAK KITA DALAM MENANGANI MASALAH YANG DI ADU DOMBAKAN OLEH PAKATAN HARAM. KENAPA SENJATA YANG ADA TIDAK MAHU DIUNAKAN DENGAN CARA YANG LEBIH BERKESAN LAGI (SILA RUJUK ARTIKEL DIATAS)

    ADA LAGI PERKARA YANG LEBIH MALANG, DARI ULASAN DATUK ZAHID HAMIDI SECARA TERBUKA MENGATAKAN PARA MEDIA DAN BLOGGER PRO KERAJAAN TEWAS DENGAN PUAK PAKATAN HARAM INI, KALAU TAK SILAP SAYA ITULAH LEBIH KURANG BUNYINYA.

    JADI, PARA BLOGGER PAKATAN HARAM SUDAH MEMBESAR-BESARKAN KENYATAAN TERSEBUT. SEHARUS NYA ZAHID HAMIDI SEDAR DAN AKUR KITA SEMUA BUKAN DIBAYAR GAJI OLEH KERAJAAN. JIKA INGIN MEMBERIKAN KATA SEMANGAT BUKAN INI CARANYA?

    ARTIKEL DIATAS SEBNARNYA SAYA FOKUSKAN KEPADA KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL. CUKUPLAH PADA PRU KE-12 BARISAN NASIONAL HILANG 5 BUAH NEGERA DAN BERJAYA DITEBUS KEMBALI SATU NEGERI IAITU PERAK, ITU PUN PENUH DENGAN KONTRAVERSI.

    JIKA BARISAN NASIONAL MASIH LAGI DALAM LAMUNAN PADAH YANG MENANTI AMATLAH BESAR PADA PRU KE-13 NANTI. JADIKANLAH PENGAJARAAN PADA PILIHAN RAYA UMUM LALU...

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular