55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Pakatan Haram Hobi Mereka Membuat Dan Menganggu Ketenteraman Awam


KLUANG, 16 Jun - Naib Presiden umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pembangkang mungkin sengaja mahu mereka ditangkap dalam pengajuran demontrasi Bersih yang dijadualkan 9 Julai ini.


Mereka lebih ramai yang akan keluar berarak kalau pemimpin mereka ditangkap. Dari aspek keselamatan, polis kita akan bertindak mengikut lunas undang-undang.


"Itu hak polis untuk melaksanakannya. Dalam aspek politik pula, pembangkang mungkin sengaja mahu diri mereka ditangkap. Sehingga kini, sebanyak 300 laporan telah diterima ada yang pro tetapi kebanyakan menolak demontrasi tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis kenaikan pangkat 45 orang pegawai kanan Jabatan Penjara di Penjara Kluang.


Mengenai pengodam web, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata siasatan di buat oleh Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.


"Kerajaan tidak mahu sistem yang ada kaitan dengan keselamatan negara terlepas kepada sendikit dan pihak pengganas," katanya   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E