Jika Allah sudah tentukan rezeki sesaorang itu memang tidak kemana

Jika Allah sudah menentukan rezeki untuk sesaorang itu memang tiada siapa yang dapat mengambilnya. Kerana kuasa Allah adalah mutlak dan tidak ada yang lebih berkuasa kepada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ciptaan Nya ini.

Bagi K.B.E blogspot akur dan redho' dengan ketentuan Allah. Apa yang K.B.E hendak pertikaikan ialah dengan satu peribahasa Melayu yang berbunyi "kera dihutan di susukan, anak sendiri di biar kelaparan...!!

Adakah salah dewan bahasa dan pustaka menerbitkan didalam kamusnya? atau salahkah K.B.E menggunakan peribahasa ini jika disabitkan kepada sesuatu kejadian di atas kesilapan pada perbuatan manusia?

Ahh..lantaklah malas K.B.E nak fikirkan semua ini cuma, apa yang ingin K.B.E menegur sesuatu yang mungkin di rangcang ataupun terjadi kerana kesilapan teknik!

Pada hari ini Jumaat 10 Jun 2011 lebih kurang jam 11.00 pagi satu peristiwa terjadi di tempat kediaman K.B.E, iaitu di Kem Balak, Ulu Kuang. Kampung ini di bawah tadbir erea Sungai Siput (u) dan kediaman ini bersempadan dengan Ulu Kuang di bawah tadbir Ulu Kinta.

Satu rombongan ADUN N29 Ulu Kinta YB Datuk Rusnah Kassim yang di iringi oleh AJKK Kampong Ulu Kuang termasuk juga beberapa pegawai lain telah datang melawat sambil berziarah dan telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk di Kem Balak ini. Penduduk di kampung ini semuanya berbangsa Melayu.

Ini adalah sesuatu yang amat baik dan harus di puji kerana telah membuat kebajikan bersempena pula pada pagi Jumaat hari mulia penghulu bagi sekalian hari. Syabas dan terima kasih YB Datuk Rusnah dan rombongannya.

gambar hiasan Datuk Rusnah
Pada hemat K.B.E walaupun kerja ini satu perbuatan yang mulia, tetapi berbalik kepada kata peribahasa diatas ini, kera di hutan disusukan, anak sendiri di biarkan kelaparan..kerana apa?


Sumbangan ini adalah datang dari UMNO tetapi telah disalurkan kepada Ahli dan penyokong tegar Pas. Adalah lebih baik sumbangan ini disalurkan kepada bangsa India MIC atau China MCA atau GERAKAN kerana jelas ahli-ahli ini pada hakikatnya MIC, MCA atau GERAKAN menyokong Berisan Nasional.


Bukan saya bersifat dendam sesama bangsa Melayu. Tetapi kepada ahli Pas yang saya kenal ini adalah jiran saya. Sudah 25 tahun kami berjiran, kalau orang-orang lain semuanya tak kena dia sahaja yang betul. Almaklumlah dia ahli Pas yang lain tu UMNO entah apa pada pandangannya saya pun tak tau.


Sehinggakan terlampau taksubnya dia, tidak pernah membayar fitrah kepada amil di kampung ini. Kerana amil itu adalah orang UMNO. Apa yang lebih saya pertikaikan dalam perkara ini ialah di sebelah rumah ahli Pas yang dapat kerusi roda ini, ada seorang perempuan juga lumpuh baru dalam sebulan lebih dia kena stroke dia tidak mendapat kerusi roda. Sedangkan seluruh ahli keluarganya ahli UMNO!!!


Jadi inilah ketentuan Allah yang mesti kita terima, Hak UMNO diberi kepada Pas dan kepada pemimpin atasan UMNO-BN kalau rasa murah hati bolehlah pada PRU.ke-13 nanti serah je bulat-bulat Purtajaya dan kuasa kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Lagipun orang UMNO dah jemu pegang kuasa memerintah dah lebih 53 tahun seusia dengan K.B.E...

3 ulasan:

  1. MEMANG TAK PATUT! TAK PATUT!..TAK PATUT DI BAGI LANGSUNG!..NI BKN BG KERA SUSU LAGI TAPI DAH SIAP BAGI SE LORI SUSU..AHLI SENDIRI TAK TERBELA, LG NAK BELA PUAK LAHANAT..MMG ZALIM2!! ADOIYAIII

    BalasPadam
  2. Itulah perjuangan UMNO Che MNor. Dari dulu hingga kini, tetap sama. Kuasa yang ada dan rezeki yang lebih adalah untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik. Kalau UMNO pilih bulu, semenjak merdeka dulu dah ada kuasa, rasanya ada bangsa yang masih lagi kais pagi makan pagi. Jadi kepada mana-mana yang dah merasa dianaktirikan bila DAP atau PAS memerintah....lu pikir la sendiri.

    BalasPadam
  3. Nak buat macam mana Jeff: Kalau kita melihat secara rambang sememangnya akan terlepas pandang, tapi kalau kita melihat dengan teliti segalanya dapat kita amati.

    Dan sahabat saya enal: memang benar itulah konsep perjuangan UMNO yang sebenar-benarnya tapi biarlah bertindak dengan lebih peka..

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular