Para pembaca, siapa yang tahu berapa banyak pahala Hadi Awang?!!

Para pembaca blog K.B.E, adakah diantara pembaca sekalian yang tahu berapa banyakkah pahala yang telah dikumpul oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang? Pendapat saya Hadi Awang perlu mengumpulkan pahala seberapa banyak yang mungkin.

Pahala amat penting bagi setiap orang-orang Islam termasuklah kepada Hadi Awang. Kerana pahala inilah yang akan membela kita bermula dari alam barzah sehingga kita ke alam akhirat. Teramat rugi bagi setiap muslimin dan mislimat apabila matinya tiada pahala yang dibawanya pergi.

Kehidupan di dunia ini ibarat kita dalam satu persinggahan sementara untuk beristirehat sambil menekmati merasakan nekmat dunia. Dalam pada itu diwajibkan kepada kita melaksanakan perintah Allah yang termaktub di dalam al-Quran dan sunah Rasullullah s.a.w.

Pentingnya Hadi Awang mengumpulkan pahala adalah hendak ditukarkan kepada 14 korban Mamali termasuk ketuanya Ibrahim Libya dan 4 orang anggota keselamatan.

Kenapa saya berkata demikian?
Kerana rupa-rupanya sia-sia 14 orang ini terkorban setelah peristiwa ini terjadi sejak 25 tahun yang lalu.

Ini 14 orang yang terkorban dengan peristiwa Memali

Tanggal 19November 1985, bertempatdi Kampung Memali, Mukim Siong , Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal Pas diketuai Ibrahim Libya bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.

Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai di kalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 pengganas ini termasuk Ibrahim Libya di tumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan ( sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69. Mesen gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.

 Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Daruk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita ialah bagaimana penglibatan Pas pada ketika itu.

Atas nasihat Presiden Pas sekarang, Abdul hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya. Walau pun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.

Ini kerana Pas percaya mereka syahid dalam memperjuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.  
Inilah wajah orang yang bertanggungjawab
mengeluar perintah bahawa 14 korban tersebut
tidak payah dimandi dan dikapankan.

Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan Pas.

Tidak hairanlah kenapa Pas begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.

Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Hadi Awang yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian yang sia-sia belaka setelah Pas menyatakan hari ini negara Islam tidak disebut didalam al-Quran, yang ada hanya negara berkebajikan.

Dalam ucapan muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-

"Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan"
Apa agaknya perasan Balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik Pas.

Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengkebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangkan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu

Banyak betul penipuan Pas dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan Hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada. Betul-betul punya hampeh punya parti.

Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkan Pas dan perjuangan penuh penipuan  ini. Kejap negara Islam, kejap negara kebajikan. Besok entah apa lagi.

Berbalik kepada Hadi perlu banyak pahala menalah tahu 14 yang terkorban ini menuntut kepada Allah di Mahkamah Allah di padang Mahsyar kerana mereka dikebumikan tanpa dimandi, dikapan dan di talkinkan

Jawablah Hadi lu sendiri dimahkamah Allah kelak!!!

4 ulasan:

  1. Pembaca sekalian.
    Agak-agaknya, bila terkenangkan Peristiwa Memali ni, Hadi Awang akan menangis ke atau tersenyum ke atau ketawa.

    Aku cuma mampu geleng kepala aje.

    BalasPadam
  2. dah sah hj hadi mesti dah lupa kes memali..apa dia peduli sebenarnya..yang penting pas dapat gunakan insiden ini untuk kepentingan politik.

    BalasPadam
  3. Ya sahabat saya enalrahim: Saya berpendapat peristiwa Memali ini tetap menghantui dalam fikiran Haji Hadi, tapi biasalah sikap manusia walau apa cara sekalipun pada zahirnya dia dilihat macam tak kisah je..

    Selamat datang danterima kasih sahabat saya Yb Raz kerana sudi berkunjung di blog saya dan sudi memberikan pendapat. Saya berharap ini bukanlah kunjungan terakhir Yb Raz malah lebih kerap lagi dan sudi juga memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk meningkatkan lagi menghasilkan setiap penerbitan saya.

    BalasPadam
  4. Salam semua..
    Jgn kata Haji Hadi kena jawab sendiri di makhamah Allah, serta menghantui fikirannya..dan macam2 lagi la...syoknye korang kutuk orang tua!!!

    Dlm hal ini....BUKAN sekadar HjHadi ajer yg menanggung penderitaan, yg memberi arahan seperti Musa Hitam, Mahadhir juga kena gak jawab sendiri kat makhamah Allah nanti....

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular