55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Siasatan terhadap Malaysian Insider diserah ke pendakwaraya:SKMM

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan badan itu sudah menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pekdakwaraya Persekutuan (TPP) berhubung siasatan membabitkan portal akhbar The Malaysian Insider sebelum ini.


SKMM dalam kenyataannya menyatakan kesal dengan tindakan Jaringan Melayu Malysia (JMM) seperti disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menurutnya membuat tuduhan melulu ke atas SKMM dan ia tidak wajar membuat serangan peribadi terhadap mana-mana pihak.


"SKMM ingin memakumkan siasatan yang dijalankan terhadap mana-mana pihak membabitkan beberapa perkara dan prinsip utama iaitu pertama, kuasa menguatkuasa undang-undang, kuasa kuasa mendakwa yang berada di bawah had bidang SKMM dan ketiga, kuasa mendakwa yang berada di bawah Timbalan Pendakwaraya Persekutuan (TPP) 


"Berhubung dakwaan bahwa SKMM berdiam diri adalah tidak benar sekali malah SKMM memanggil JMM untuk mengambil keterangan mereka berhubung isu terbabit," kata kenyataan itu.


SKMM berkata, bagi perkara membabit soal siasatan badan itu, tidak semuanya boleh dikongsi dengan mana-mana pihak bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses siasatan.


"Dengan penjelasan ini, SKMM amat berharap orang ramai akan memahami kedudukan SKMM. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang boleh dikongsi, SKMM akan mengemukakan maklumat ini kepada orang ramai pada masa yang bersesuaian," katanya.


JMM mempersoalkan kenapa SKMM tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap The Malaysian Insider yang didakwa sering mencetuskan provokasi.


Menurut JMM, portal berita itu secara jelas serta sengaja sering mencetuskan provokasi perkauman, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan fitnah terhadap pemimpin negara.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E