Sah Pas menggadaikan prinsip Islam setelah bekerjasama DAP dan PKR

Pas berselindung di sebalik bayang-bayang sendiri. Walau apa cara penampilan mereka hakikatnya Pas tidak boleh lari dari bayang-bayangnya sendiri..!! Bagi rakyat yang prihatin dapat membeza kan Pas dulu, kini dan mungkin Pas dimasa akan datang..?

SHAH ALAM 2 Jun - Sah kerjasama Pas dengan DAP dan PKR telah menyebabkan Pas menggadaikan perjuangan Islam yang pernah dinyatakan Tun Dr Mahathir Mohamed. Perkara ini diakui sendiri oleh Pemuda Pas.

Apabila wujudnya tanggapan sesetengah pihak khususnya parti lawannya bahawa kerjasama sayap itu dengan pergerakan muda dari PKR dan DAP tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip-prinsip syarie.


Biarpun ketuanya Nasrudin Hasan berkata, ada pihak mempertikaikan hubungan "kita dengan AMK dan DAP sebagai tidak Islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita".


Namun bak kata pepatah Melayu masakan pokok bergoyang jika tiada angin.


Ianya jelas menunjukkan rakyat telah pandai menilai bahawa Pas kini telah banyak menggadaikan Islam demi kerjasama dengan pakatan pembangkang. Justeru timbul pelbagai persepsi negatif terhadap Pas setelah parti itu sanggup ketepikan penubuhan negara Islam semata-mata kerana DAP menentang sekeras-kerasnya perjuangan asas Pas.


Lebih mengecewakan umat Islam ialah Pas terlalu menjaga hati PKR dan DAP apabila tidak mahu melaksanakan Hudud di negeri-negeri pembangkang. Malahan negeri Kedah, yang dikuasai Pas juga tidak melaksanakan Hudud kerana khuatir akan timbul penentangan daripada sekutunya.


Selama manakah Pas ingin bersembunyi disebalik pakaian jubah dan berserban sedangkan syiar Islam yang diperjuangkan parti itu semakin pudar gemanya.


Pas sudah menjadi tidak relevan sehinggakan rakyat terutama orang Melayu dan Islam sudah hilang kepercayaan kepada Pas.- Kelatekito.net   

2 ulasan:

  1. PASRAEL MAKIN TERPESONG LAGI JAUH SEJAK BERKWN DGN KAKI LIWAT DAN KOMUNIS BROO. ISLAM TOLK TMPT KE2. AKIDAH DH BUANG KE LONGKANG. JNJI DPT BERKUASA WLUPUN KENE KUDA KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. Mungkin juga kerana mereka semua dah ada tiket ke syurga agaknya ye Jeff...

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular