Mufti Perak dan Nik Aziz - Disebalik perselisihan pendapat

Perselisihan pendapat dikalangan golongan agama adalah perkara biasa yang berlaku sejak penyebaran agama Islam secara meluas dizaman Rasullullah S.AW . Namun begitu, ianya ditangani dengan lebih berhikmah dan bijaksana. Ahli Sunnah wal Jamaah adalah contoh kesepakatan dalam Islam yang menerima perbezaan pendapat hatta melibatkan soal hukum hakam.
Terbaru, apabila Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Matsupaya tidak menggunakan agama bagi meraih undi seperti kenyataan "undi Pasa masuk Syurga, Undi UMNO masuk Neraka" kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam. Ini mengheret kepada pertikaman lidah kedua-dua tokoh Islam di Malaysia melalui media perdana dan alternatif. Pertembungan ini telah berjangkit dikalangan para penyokong dikedua-dua pihak. Tuduh-menuduh dan maki hamun banyak disiarkan secara terbuka bagi menegakkan hujah masin-masing.
Keilmuan agama yang juga dalam bidang Al-Quran dan hadis wajar manfaatkan secara terbaik bagi mengukuhkan kedudukan Islam sebagai agama yang hak. Reaksi penyokong yang melampau dengan penghinaan terhadap kedua-dua tokoh memburukkan lagi keadaan. Bukankah orang yang berilmu sepatuknya lebih tawaduk dan bersedia menghadapi peringatan dan kritikan.
Bagi melaksanakan kekeliruan, kita juga mahu penjelasan yang lebih terperinci dari Mufti Perak terhadap teguran yang dibuat keatas YAB Menteri Besar Kelantan supaya penilaian boleh dibuat dengan secara ilmiah bukan emosi oleh masyarakat umum terutamanya dari golongan ilmuan Islam yang lain. Sudah sampai masanya bagi semua pihak yang bertelagah memikirkan jalan perdamaian dan kematangan dalam memberi hujah dituntut bersandarkan kepada satu perintah Allah dalam Al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." *[AQ-49:10]
Sekadar renungan untuk semua, pandangan yang dilimparkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin "...senjata haram itu membuka aib peribadi telah digunakan oleh ramai tokoh dan pemimpin politik PAS, UMNO dan PKR hari ini mereka teruskan menggunakannya..mereka yang menyebar wabak tersebut dan mereka juga akan menanggungnya.."

2 ulasan:

  1. Salam Sahabat. Blog saudara sudah dipautkan. Maaf kerana terlewat. Yang penting jangan 'Terliwat'. hehehe...
    Teruskan perjuangan!!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan, tak sangka sahabat saya ni kelakar juga orangnya. Ya..lah hidup kana happy.. agi ngidup agi hgelaban...

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular