
Nik Abdul Aziz dibidas kerana beliau menghadiri pada majlis Maulidul Rasul Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan diperkarangan tempat letak kerata di Bazar Arked Uda, Burhan Mohd Noor dan Pengurusi Peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Abdul Salim Ahmad.
Lebih menyedihkan, Nik Aziz tidak mampu berkata apa-apa pun selain menegur sikap peniaga itu yang meninggikan suara dalam majlis berkenaan dan menuduh wakil-wakil Pas penakut kerana tidak datang pun untuk membela nasib para peniaga itu. Burhan meluahkan rasa kekesalannya terhadap kerajaan Pas Kelantan yang gagal menunaikan janji Pas yang dibuat sebelum pilihanraya umum 2008 apabila spesifikasi keluasan lot bazar itu dan harganya tidak menepati dalam memorandum perjanjian yang telah dibuat.

Manakala Abdul Salim berkata biliau kesal dengan tindakan PMBK yang enggan membenarkan peniaga bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk mendengar masalah dihadapi mereka. Beliau turut meluahkan wakil rakyat diperingkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen daripada Pas tidak pernah datang menjenguk mahu pun mencuba menolong dalam masalah dihadapi mereka.

Isu Bazar Tok Guru itu timbul apabila seramai 415 peniaga yang dikatakan akan berpindah ke bazar tersebut tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri terutama PMBK kerana mendakwa kerajaan negeri mungkir janji apabila sebelum ini mereka dijanjikan loo kedai berkeluasan 3.04x3.65 meter persegi pada harga RM40,000, tetapi kini harganya dikatakan naik sekali ganda antara RM80,000 hingga RM90,000 sementara keluasan lot pula lebih kecil iaitu 1.82x2.4 meter persegi.
Sebelum ini Nik Aziz mengakui kerajaan negeri menanggung kerugian akibat masalah teknikal kerana terpaksa membeli semula bazar Tok Guru itu daripada sebuah syarikat swasta setelah bazar itu dijual oleh PMBK. Kerajaan negeri dianggarkan menanggung kerugian RM50 juta akibat masalah teknikal dalam proses jual beli itu.
Berapa lamakah rakyat perlu ditipu oleh wakil rakyat Pas yang cuba mengaut keuntungan dengan projek pembangunan kerajaan negeri. Sekarang para peniaga sudah bangkit memberontak, marilah pehak lain yang menjadi mangsa kerakusan pemimpin Pas turut bangkit menentang pemimpin Pas yang telah korup, Kecuali Nik Aziz tidak tahu apa-apa.
KELATEKITO.NET
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak