Karpal Diingatkan Usah Cari Helah Lari Dari Saman Ummi Hafilda

Jika benar apa yang dikatakan didalam artikel dibawah ini, maka kita semua akan sekali lagi akan mengikuti satu perbicaran yang kedua terhebat selepas kes Liwat Datu Seri Anwar Ibarahim terhadap Saiful. Agaknya jika kes ini bermula kita mungkin entah sampai bila akan tahu keputusannya, Kerana Karpal Singh hebat berhelah dengan segala tektik dan teknik beliau ketika kes dibicarakan dimahkamah, yang tiada lain hanya tunda..tunda..tunda...!!
PETALING JAYA, 17 Jan - Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwatnya, Karpal Singh diingatkan supaya tidak mencari helah atau cuba mengalihkan pandangan umum apabila membangkitkan soal teknikal menerusi saman yang bakal difailkan terhadapnya oleh Ummi Hafilda.
Peguam yang mewakili Umi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abd. Aziz berkata Ummi Hafilda masih mempunyai hak untuk menfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta Pas sehingga September depan. Jelas peguam terbabit tempoh limit enam tahun untuk menfailkan saman berhubung kes liwat pertama Anwar dikira pada September 2004.
"Memang benar jangka masa tempoh enam tahun itu, tapi kita jangan keliru kerana tempoh enam tahun itu sebenarnya dikira dari rayuan terakhir kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan. Rayuan terakhir kes Datuk Seri Anwar ialah pada September 2011," katanya lapor mStar Online disini, Isnin. Justeru beliau berkata, Karpal sepatutnya lebih bersedia dari segi fakta berbanding 'bermain' isu teknikal yang dianggap remeh.
"Isu yang beliau bangkitkan hanya sesuatu yang teknikal, sekarang ini kita bukan nak berlawan dari segi teknikal tapi berlawan fakta. Saya nasihatkan beliau supaya fikir helah dari sudut lain," katanya.
Beliau mengulas kenyatan Karpal semalam bahawa berdasarkan peruntukan undang-undang sesaorang yang ingin menyaman mana-mana pehak atas sebarang sebab diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun untuk berbuat demikian. Justeru kata Karpal, mahkamah boleh menolak saman berkenaan tanpa mendengarnya kerana kes yang dirujuk itu telah berlaku lebih 13 tahun yang lalu.
Sebelum ini Ummi Hafilda mengumumkan hasrat mahu menfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Wan Azizh, Karpal dan PAS. Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuatnya atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Saman terhadap Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu karpal pada tahun yang sama untuk mendedahakan perilaku buruk Anwar. Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.
Dalam pada itu, tegas Mohd Khairu Azam lagi, tindakan Karpal yang suka menangguhkan kes serta melewat-lewatkan prosiding kes telah memberikan kelebihan kepada anak guamnya itu. "Terima kasih kepada Karpal kerana lewat-lewatkan kes Datuk Seri Anwar yang sepatutnya selesai 13 tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi berkata, Karpal tidak perlu memutar belitkan fakta. "Sebelum saya putuskan nak mulakan saman, barisan peguam saya sudah kaji dari sudut perundangan. "Sebagai seorang peguam terkenal, adalah sesuatu yang sungguh memalukan apabila beliau cuba bermain helah apabila membangkitkan isu begini," katanya.
Pssst..kita sama-sama nantikan..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular