Kit Siang Patut Tengok, Beli Cermin Untuk Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Penasehat DAP, Lim Kit Siang disarankan cermin diri terlebih dahulu sebelum membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kononnya menerajui negeri itu sekian lama.

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata Lim Kit Siang juga boleh memberikan cermin yang sama kepada rakan baiknya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah menerajui Kelantan hampir nyanyuk. Menurut beliau kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud diBumi Kenyalang telah memberi satu impak yang cukup besar kepada rakyat negeri berkenaan dengan semua lapisan masyarakat menerima tempias hasil kebijaksanaan beliau mentadbir negeri.


"Saya nak tanya Kit Siang...Apa jasa beliau setelah terlibat dalam arena politik sejak sekian lama. Apa yang beliau telah lakukan untuk rakyat Malaysia melainkan ceramah, demontrasi dan laungan perjuangan retorik semata-mata. Apakah beliau sudah lupa untuk menilai atau pun menasihati rakan baiknya di Kelantan yang aehingga kini masih belum mahu melepaskan jawatan dikerusi empuk Menteri Besar...jangan hanya nampak semut diseberang laut tetapi gajah didepan mata tidak nampak.
"Nampak sangat double standard...Beliau sendiri sudah berapa lama memegang jawata dalam DAP dan sebagai Ahli Parlimen. Mungkin prinsip beliau untuk aku semua boleh," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat oleh pemimpin pembangkang terbabit terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang kononnya telah lama memegang kuasa dinegeri tersebut. Zahid seterusnya menambah, Kit Siang tidak perlu mengajar kepimpinan BN dalam peralihan kuasa kerana parti itu cukup bijak dan arif bila dan waktu untuk melaksanakan proses peralihan berkenaan.
"Apa yang Kit Siang sibuk sangat ni...Nik Aziz yang semakin nyanyuk itu beliau tidak pandai pula mahu menasehatkan agar memberikan kepada mereka yang layak. Takkan tidak kalangan kepimpinan Pas Kelantan tidak ada seorang pun yang layak. Begitu juga dalan DAP...takkan tidak ada kalangan kepimpinan mereka yang boleh menggantikan Kit Siang, Paku dulang paku serpih, kata orang, dia yang lebih rupanya," katanya - mediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular