Isu Loteri: Pas Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri

KOTA BHARU - Sudah bertahun Pas menjuarai isu judi dan loteri dengan mengatakan parti itu tetap mendokong judi itu haram, lalu berpegangkan kata-kata itu, Pas menuduh Umno tidak Islamik. Namun tindakan melebelkan akhirnya terkena kepada batang hidung Pas sendiri apabila pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Amnya yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tunduk dengan kehendak DAP, sekutu dalam pakatan pembangkang, yang bersetuju untuk membuat kajian semula penjualan loteri big sweep di Kelantan atas alasan ianya penjualannya tidak menggunakan permis.
Hakikatnya, hendak jual nombor ekor tidak memerlukan permis seperti di Kelantan juga dimana pelanggan boleh menelefon untuk membeli nombor melalui ejen. Tetapi Pas bersikap takut dengan kehilangan pengundi bukan Islam khususnya Cina sanggup menjualkan agama Islam dan Nik Aziz gadaikan pendiriannya yang ditanam selama 21 tahun di Kelantan bahawa judi itu haram disisi Islam hanya kerana Karpal Singh mendesak penarikan pengharaman loteri itu.
Jesteru sikap Pas yang ditonjolkan selama ini benar-benar menunjukkan hipokrasi pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam. Apa tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat Idris Ahmad dalam kenyataan beliau di laman web rasmi Pas mengutuk Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mempertikaikan Kerajaan Pas Kelantan menharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu.
Namun akhirnya, Nik Aziz berkata pehaknya telah meminta pegawai perundangan negeri mengkaji pengharaman loteri itu. Nik Aziz seorang tokoh ulama dan pemimpin tertinggi parti Pas dilihat turut menyokong penjualan loteri itu
Apa sudah jadi, kalau Pas sendiri boleh menghalalkan apa yang haram. Sedangkan Umno meluluskan loteri untuk orang bukan Islam. Kalau orang Islam yang teringin beli loteri maka orang yang bertanggungjawab menangkap melaun-melaun itu adalah pihak jabatan agama yang diurus tadbir oleh kerajaan negeri masing-masin di negara ini. Kalu di Kelantan pastinya jabatan hal ehwal agama Islam Kelantan kerana bidang syariah terletak dibawah kerajaan negeri.
Jadi sebelum Pas menuduh pihak lain tidak Islam, Islamkanlah diri sendiri dahulu jangan menjadi sombong hinggakan orang lain buat Pas nampak tak betul sedangkan apabila Pas buat perkara yang sama Pas boleh kata betul. kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular