UMNO/BN Tidak Serius Bantahan Senarai Baru Daftar Pengundi

KUALA LANGAT, 22 Mac 2011 - Pembangkang Negri Selangor, Barisan Nasional (BN) masih beranggapan bahawa mereka didalam keadaan yang selesa. Setelah daftar pemilih baru ditutup bagi suku tahu pertama 2011 iaitu sebelum jam 5 petang 1 haribulan Mac 2011, didapati tiada kesungguhan oleh BN untuk menghantar bantahan terhadap senarai daftar yang diusahakan atau diserahkan oleh parti-parti yang membentuk kerajaan Negeri Selangor terutamanya PAS, DAP dan PKR kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
"Sebaliknya mereka (PAS, DAP dan PKR) begitu agresif dalam menghantar bantahan -bantahan kepada SPR. Kesemua 22 parlimen dalam negeri Selangor punyai rekod bantahan dari mereka. Perkara ini tidak berlaku pada BN. Tidak semua parlimen punya bantahan dari BN. Contohnya, dari parlimen Kuala Langat, iaitu hanya satu bantahan dibuat berkaitan Peti DaftarUndi (PDM) Busut Baru. Sedangkan pengundi dari terutamanya Saujana Putra Banting terpaksa melalui perjalanan yang jauh sejauh hampir 20km semata-mata untuk mengundi di PDM BusutBaru. Alhamdulillah, bantahan kita diterima. Saujana Putra mendapat sub-PDM bagi kawasan tersebut untuk memudahkan pengundi keluar membuang undi", Kata Zuurihan bin Yusof, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Perhubungan Negeri Selangor (gambar).
"Sayangnya apabila kami menyemak senarai terbaru (berakhir 31 haribulan Desember 2011), terlalu ramai nama yang tidak dikenali dan mempunyai alamat yang tidak wujud. Contohnya, terdapat dua pengundi yang berdaftar dialamat Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Fatimah bin Suhaimi. Sedangkan nama-nama tersebut juga tidak dikenali oleh beliau. Namun, tiada apa yang dibuat oleh UMNO/BN untuk membantah daftar pengundi yang diragui ini. Sebaliknya, jika berlaku kepada mereka (PAS,DAP dan PKR), sudah pasti bantahan telah dibuat", sambungnya.
Terdahulu, Zurihan bin Yusof yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat telah mempengurusikan satu musyuarat khas bagi menyambut ketibaan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam lawatan kerjanya ke Daerah Kuala Langat yang dijadualkan berlansung pada 29 haribulan Mac 2011 bersamaan hari selasa minggu hadapan. - kritis-online.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular