Satu Masjid Dua Imam Bahana Fatwa Pemimpin Pas

Tengok!! tingginya menagatsi pokok kelapa dan lebih menyedihkan lagi mengatasi ketinggian kubah masjid di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang. Ada kah ini yang Allah suruh?
Rasul SAW suruh buang patung dan menghancur kan patung-patung berhala, semasa Rasullullah SAW memeritah Makka dan Madinah mana ada patung tak kira besar atau kecil tetapi patung berhala ini semankin banyak dan besar di bawahnegeri kepimpinan Islam Kelantan.
Jeli 6 Mac - Ingatkan sudah 40 tahun Pas berjuang dalam politiknya maka golongan pemimpinnya sudah selesai matang dan ada wawasan. Tapi makin lama Pas berkuasa makin sempit akalnya kerana terlalu banyak fatwa yang dikeluarkan pemompin Pas termasuk Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tidak pernah kering dalam idea cuba menegakkan hanya parti Pas sahaja bawa Islam manakala parti Umno atau mana-mana parti lain tidak bawa Islam
Namun pernahkah Nik Aziz berfikir atau pun pemimpin Pas lain tahu betapa masih ramai kumpulan penyokong mereka di pendalaman sudah rosak tahap amalannya dalam agama disebabkan pelbagai fatwa dibawa Pass seperti makan duit Barisan Nasional (BN) itu haram. BN itu sendiri, tolak Islam, ambil duit BN haram. Sembahyang berimamkan orang BN tidak sah, duduk satu kawasan tanah perkuburan pun tidak boleh sebab orang BN bukan orang Islam.
Macam-macam lagi tuduhan orang Pas kepada orang BN. Sebagai penulis dan saorang ibu adalah menyedihkan melihat anak-anak sendiri bergaduh hanya kerana idealogi politik. Kafir, jahiliah, jahat, syaitan, itulah tuduhan dilemparkan abang sulung, yang menyokong Pas, kepada adik penyokong Umno. "Kamu dapat bacakah setebal mana iman dia kepada Allah? kamu tahukah dengan sokong Umno tuhan akan tarik balik hidayah dan akidahnya? tiada siapa atas muka bumi boleh tuduh sesaorang kafir, jahat, jahiliah kecuali Allah yang maha mengetahu." kata penulis kepada anak-anak lelaki penulis.
Perbuatan menghina itu masih berulang sehingga sekarang, lebih menyedihkan masih ada penyokong Pas bersifat ekstrem sehingga berlaku insiden imam dua di satu masjid di Kerdau, Pahang. Insaflah pemimpin Pas setiap kali meninggalkan fatwa pasti ada pengikutmu membuatnya dengan taksub dan jika ada umat Islam terinaya kerana perbuatanmu itu maka tanggunglah akibatnya disoal Allah.
Sama seperti Nik Abdul Aziz yang mengakui bahawa fatwa politiknya boleh membawa perpecahan umat Islam di negara ini. Apakah fungsi ulamak dalam membawa keindahan Islam melalui politik jika ianya membawa lebih banyak keburukan perpecahan daripada perpaduan umat. Nescaya perbuatan seumpama pemimpin Pas itu tidak ikhlas kerana Allah dan berkepentingan peribadi atau duniawi kerana Pas itu ikhlas pasti perjuangannya sudah menjadi cantik kerana Islam di Malaysia ini berjalan dengan aman tanpa gangguan bukan Islam.
Disunting mnorkembalak by;
KALATEKITO.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular