Isu Loteri: Karpal Beri Kata Dua Kepada Pas

KOTA BHARU 22Mac - Pengurusi DAP kebangsaan Karpal Singh sekali lagi memberi kata dua kepada Pas bahawa beliau akan menentang parti itu jika teruskan larangan jualan loteri di Kelantan. Kenyataan Karpal itu dilaporkan pada 19 Mac lepas Karpal meminta parti Islam itu supaya "bermain dengan undang-undang", sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam dinegeri tersebut.
"Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) Pas," kata beliau dilaporkan Themalaysianinsider. Amaran keras itu dikeluarkan dua hari selepas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penasihat undang-undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri 'big sweep' iaitu pada 17 Mac lalu.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendukung keseluruhan undang -undang selari dengan Perlembagaan Persekuruan. Nampaknya DAP bersungguh untuk menentang Pas dan Pas kini dilihat semakin tunduk kepada kehendak DAP sehingga menggadaikan prisip Islam dalampentadbiran negerinya.
Amatlah, tidak elok jika perkara ini dibiarkan sahaja sehingga nilai agama terhakis didalam perjuangan kerana akhirnya umat Islam dinegara ini akan melihat Pas tidak mempunyai pendirian. Isu pengharaman loteri ini timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan keatas dua buah kedai buku dan merampas loteri tersebut pada bulan lepas.
Kerajaan Pas Kelantan berhadapan dengan kritikan dengan parti-parti yang mewakili kaum China dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri. Kenyataan Karpal seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa Pas-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular