Isu Loteri: Penjelasan Nik Aziz Mengelirukan

Jeli 21 Mac - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan didalam blognya www.blogtokguru.com berhubung isu penjualan loteri 'big sweep' (usur judi) yang bertajuk 'Kelantan bertegas tidak membenarkan permis judi'.
Tetapi hairannya Nik Aziz minta kaji semula penjualan loteri judi itu. Apa rsionalnya Pas ini? Lebih menyedihkan setelah 20 tahun mengharamkan segala bentuk judi sekarang hendak debenarkan semula penjualannya. Lebih menyedihkan Nik Aziz sedikit pun tidak membidas DAP dalam kenyataan lantang desakan Penasehat DAP, Karpal Singh yang mendesak pengharaman penjualan loteri itu ditarik balik.
Dalam kenyataannya Nik Aziz dipetik "maka ada parti politik tertentu sudah tidak berpuas hati dengan polisi pengharaman permis judi sejak dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan." katanya. Nik Aziz lebih mudah menyalahkan media dan kerajaan pusat kerana menyebarkan maklumat kelemahan penguatkuasaan kerajaan negeri berikutan penjualan judi haram diKelantan yang mendakawa 'membangun bersama Islam' dan pusat pusat meluluskan Big Sweep.
Yang peliknya, Kerajaan Negeri pimpinan Pas yang hendak mengkaji semula pengharaman permis loteri big sweep itu kenapa hendak disalahkan kerajaan pusat yang meluluskan untuk golongan bukan Islam dan kerajaan negeri menggunakan alasan kajian semula itu dibuat kerana penjualannya tidak melibatkan permis.
Nik Aziz sekali lagi dipetik; "sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman permis judi dan perjudian haram. Kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan denganperjudian.
"Begitu pula, sebelum perlaksanaan penguatkuasaan larangan permis judi dan aktiviti perjudian dibuat pehak kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991. Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian banyak keburukan dan mudaratnya sehingga boleh membawa sesaorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga."katanya.
Jika sudah mempunyai kesepakatan dengan NGO dan wakil agama lainpada waktu dahulu, kenapa sekarang hendak dikaji semula, adakah Pas mempunyai pendirian tetap berhubung isu loteri ini. Ia jelas menunjukkan Pas takut kepada DAP kerana risau undi bukan Islam merosot dan harapan Pas untuk menakluki Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti berkecai.
Justeru tidak timbul isu menyalahkan pihak lain, soalnya wajarkah Pas mengkaji semula pengharaman loteri itu sedangkan ianya telah diharamkan sejak dahulu lagi. Tidak perlulah berdalih untuk menyalahkan pihak lain sedangkan perniagaan didalam negeri adalah bidang kuasa kerajaan negeri sendiri, Nik Aziz yang sebenarnya berkuasa handak tentukan sama ada mahu kekal pengharaman jualan loteri itu atau mahu diluluskan kerana desakan DAP.
psssst...judi haram tapi arak tak diharamkan pula di Kelantan..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular