Pas Gagal Laksana Janji Pilihan Raya

Setelah tiga tahun Pas Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat masih gagal melaksanakan janji didalam manifestonya pada pilihanraya umum 2008. Lebih menyedihkan tiada bukti kemajuan mahu pun tapak pembangunan yang dijaja Pas atas tema "membangun bersama Islam" atau pun menunaikan perkara yang dijanjikan pemimpin-pemimpin Pas.
Ketika melancarkan manifestonya di Macang sebelum PRU-12, manifestonya untuk Kelantan bertemakan "membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan", dengan mengemukakan sembilan bukti perubahan yang dibawa parti itu dalam tempoh 18 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan. Sembilan bukti perubahan itu ialah pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah, memajukan pendidikan Islam, menikkan taraf masjid, memberi hak untuk semua kaum, memartabatkan wanita, pembangunan insan bersepadu, perumahan Islam, sistem keuwangan Islam dan sistem perundangan syariah.
Mari kita kupas satu persatu:
1) Pas buktikan pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah sebab itu gejala pelacuran dan perjudia berleluasa di Kota Bharu.
2) Pas memajukan pendidikan Islam: sebab itu ramai golongan belia terlibat dengan masalah dadah, maksiat dan lumba haram.
3) Pas menaikkan taraf peranan masjid: Sememangnya tiada peruntukan untuk mencantikkan masjid malah Nik Abdul Aziz mengakui kerajaan tiada peruntukan untuk membaik pulih masjid dan keadaan tandas masjid di Kelantan kotor.
Nik Aziz juga meminta imam-imam mencari sendiri bajet untuk baik pulih dan program masjid inilah konsep negara kebajikan Pas.
4) Pas memberi hak untuk semua kaum: Baru sahaja seminggu lepas MPKB-BRI dua kedai buku milik orang bukan Islam yang jual loteri kebajikan yang mempunyai lesen daripada Kementerian Keuwangan sehingga menyebabkan peniaga bukan Islam merasakan tindakan itu satu bentuk penindasan Pas Kelantan kepada bukan Islam.
5) Pas memartabatkan wanita: Dahulu mengharamkan wanita cantik bekerja, menghalang wanita daripada menyertai politik dengan dalilnya.
6) Pas dalam pembangunan insan bersepadu: memdidik golongan muda supaya fanatik kepada Pas tanpa mempersoalkan keputusan kepimpinan sama ada ianya betul atau salah lebih dikenali sebagai penyokong mayat hidup (zombie).
7) Pas bawa perumahan Islam: hanya 300 buah rumah rakyat miskin dibina dalam tempoh 21 tahun memerintah manakala 14,000 rakyat miskin masih tiada rumah.
8) Pas bawa sistem keuwangan Islam: Parti yang mendakwa memperkenalkan perbankan tanpa riba dengan menyimpan wangnya didalam Bank Islam, iaitu Bank yang terlebih dahulu ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN, Syok sendiri la menciplak idea orang.
9) Pas memperkenal sistem perundangan syriah: Setiap negeri ada perundangan syariah mereka, dan hudud yang dibawa Pas kini entah kemana sebab pemimpin sekarang sudah takut dengan PKR dan DAP jadi tidak mahu laksanakan hudud di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Dahulu dok kata pusat kafir sebab tidak laksana hudud kini Pas pula kita panggil apa sebab tidak mahu laksana hudud-murtad kah?
KELATEKITO.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular