Sudah Berbilion Pusat Laburkan Di Kelantan

KOTA BHARU, 22 Feb - Tahukah rakyat Kelantan sudah RM10 bilion dibelanjakan kerajaan pusat untok pembangunan infrastruktur di negeri ini dalam tempoh tujuh tahun. Biar pun pelbagai tuduhan dilemparkan Pas Kelantan selama 21 tahun konon nya negeri ini dianaktirikan dan Barisan Nasional (BN) belum lagi boleh memerintah, namun pemberian projek daripada pusat tetap berjalan.
Sebagai bukti jentera kerajaan pusat tidak pernah diperalatkan oleh BN ialah projek pembangunan di Tanjung Che Yeh. Pembangunan itu dilakukan dengan tekun oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan yang antaranya termasuk pembinaan kompleks mahkamah, jabatan-jabatan persekutuan yang baru, dan pelbagai lagi pejabat yang akan dibina pusat bagi merancakkan ekonomo negeri Kelantan ini.
Antara jabatan persekutuan yang akan dibina di kawasan itu ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Perhutanan dan Hidupan Liar. Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pensegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabtan Pendidikan Negeri dan banyak lagi
Hakikatnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menggunakan peruntukan pusat untuk pembangunan yang disalurkan terus kepada rakyat dengan lebih cepat tanpa perlu diserahkan kepada kerajaan negeri. Timbalan Pengarah JPP Kelantan Yahya Mamat berkata projek berkenaan adalah sebahagian peruntukan RM10 bilion pusat itu. Maseh banyak lagi saluran peruntukan itu diberikan untuk kemudahan rakyat Kelantan katanya dalam peruntukan RM7.5 bilion itu adalah dibawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) yang antaranya komitmen Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan termasuklah penjawatan kakitangan Persekutuan, program pembasmi kemiskinan, dana Khas Kerajaan Persekutuan, keselamatan, kesihatan, pelajaran dan infrastruktur dibawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan projek-projek mega di Kelantan.
Program membasmi kemiskinan melibatkan peruntukan sebanyak RM198.25 juta untuk tempoh RMK-9 (2006-2010) dan sehingga Ogos 2010, sebanyak RM3.8 juta diperuntukan melibatkan 14,313 peserta e-kasih. Projek mega yang turut dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan adalah pembinaan Jalan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali, Pasir-Puteh, Kelantan dengan kos projek sebanyak RM55.3 juta pembinaan Jalan GuaMusang-Jelawang Jeli dengan kos projek RM3.46 juta. Ini termasuk projek kompleks Taman Budaya Negeri Kelantan dengan kos projek RM15.1 juta, dan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan kos bernilai RM150.23 juta. Kerajaan pusat juga membangunkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang membabitkan peeruntukan sejumlah RM214 juta termasuk pengambilan tanah di Bachok dan Jeli.
Pecahan peruntukan untuk UMK adalah RM100 juta di Bachok, RM40 juta di Jeli dan sejumlah RM35 juta di Taman Bendahara, Kota Baharu. Bagi peruntukan pelajaran bagi negeri Kelantan dibawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) adalah berjumlah RM838.7 juta sepanjang RMK-9 dari tahun 2006 hingga 2010 di bawah Kementerian Pelajaran. Manakala untuk RMK-10 pusat meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama untuk melaksanakan 346 projek di negeri ini dan Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Masih kita sebagai rakyat Kelantan terfikir pusat menganaktirikan Kelantan ??Apakah wajar kita menilai bantuan sebegitu banyak dengan bajet kerajaan Pas Kelantan yang hanya RM500 juta setiap tahun untuk negeri ini.
Lebih malang bajet negeri Kelantan setiap tahun mengalami defesit atau tak cukup duit dan terpaksa berhutang denagan pusat dan jumlah defesit itu sejak Pas memerintah sudah mencecah 1 bilion. Hendak diharapkan kerajaan negeri mencari kaedah untuk meningkatkan ekonomi negeri, setakat expo Cheng Ho degan Cina , projek Depu, bandar setelite, projek ternakan kambing, ladang rakyat, kesemuanya itu pernahkah kita dengar hasil nya kepada rakyat ??
Semua projek itu hanyalah lakonan untuk menipu rakyat. Pernahkah kita dengar melalui akhbar lidah Pas selepas expo Cheng Ho berakhir adanya syarikat Cina akan membina kilang di Kelantan. Jawapannya tidak ada.
Lebih kita bangunkan sendiri negeri kita macam pusat buat dengan bina pelbagai infrastruktur jadi rakyat boleh berniaga, aliran tunai dalaman boleh rancak dan ekonomi membangu.
-KELATEKITO.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular