Kes Cerai di Kelantan Tertinggi di Malaysia

Kes Cerai di Kelantan Tertinggi di Malaysia
Gambar Hiasan

Kota Bharu 10 Mac - Apa sudah jadi Kelantan, sudah menjadi juara dalam keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Terbaru Utusan Malaysia melaporkan negeri Serambi Mekah ini menjadi juara antara negeri yang tertinggi dalam kes penceraian berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2008.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar yang hanya sekadar menyatakan Kerajaan Pas Kelantan merasa amat dukacita dengan perkembangan tersebut. Kata Wan Ubaidah: "Statistik yang dikeluarkan Jakim pada 2008 mencatatkan Kelantan berada ditempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 1386,"
Menarik lagi, ibu tunggal ini berkata, antara faktor berlakunya peningkatan perceraian adalah kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri. Soalnya apa sudah jadi selepas 20 tahun mentarbiyah keadaan rumahtangga rakyatnya semakin kusut dan hancur lebur. Inilah jadinya kalau pemimpin hanya pandai bercakap dan menggunakan ayat Al-Quran untuk mendapatkan sokongan tetapi tidak bertindak.
Amat mudah untuk bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sebelum ini pelbagai slogan digunakan kononnya untuk "mentarbiyahkan rakyat". Tahun lepas juga kata Kak Ubai menyatakan bahawa kes HIV dan anak luar nikah dinegeri ini meningkat dan yang tertinggi di Malaaysia. Lebih baik Pas mendakwah rakyatnya sendiri daripada sebuk mendakwah DAP yang secara terus menerus serang Islam- KELATEKITO.NET.

Lagi satu perkara yang yang perlu diambil perhatian Jenayah seksual di Kota Bharu semakin meningkat

Pssttt..perkara ini perlu ditangani oleh semua pihak tanpa mengira idealogi dan fahaman demi masyarakat kita yang beragama islam.

4 ulasan:

  1. Why is your problem with kelantan??
    Terbaru Utusan Malaysia melaporkan bla bla bla..
    FYI utusex baru je kalah saman dengan anwar ibrahim...haha...asyik kena saman dan kalah je..2 la banyak sangat fitnah...Allah bagi balasan terus...btw lupa lak, blog ko ni macam taik..

    BalasPadam
  2. KBE,
    Tahniah & Syabas!! Sebuah artikel yg menarik & berinformasi untuk dijadikan pengajaran serta tauladan. Biar lah pembaca menilainya (yg ada akal). Teruskan usaha anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Saudara tanpa nama 1 April 2013 9:56 PG

      Kerana memberi semangat untuk saya terus memberikan info-info untuk pengetahuan dan kebaikan untuk kita semua.

      Padam
  3. Terima kasih tanpa nama 1 April 2013 9:56 PG

    Kerana memberi saya peransang untuk meneruskan info-info yang bermanfaat untuk kita semua.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular