HARUSSANI PULAK MEMBERI MAKLUM BALAS PADA NIK AZIZ

HARUSSANI PULAK MEMBERI MAKLUM BALAS PADA NIK AZIZ!
Salam...
KBE BLOGSPOT INGIN MENGAJAK SEMUA UMAT ISLAM MENILAI DI ANTARA NIK AZIZ NIK MAT DAN HARUSSANI, SIAPALAH YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN POLITIK DAN KEPENTINGAN AGAMA. WALAUPUN DI MAKI DAN DI HAMUN OLEH PAS TERMASUK BADRUL AMIN YANG MENGATAKAN HARUSSANI ADLAH MUFTI BERDENGUNG DAN NIK AZIZ PULA MENGATAKAN HARUSSANI HANYA LAYAK JADI MUFTI NEGARA KOMUNIS, NAMUN HARUSSANI TIDAK BERDENDAM MALAHAN MENEGUR MEREKA YANG MENYAMAKAN NIK AZIZ DENGAN AYAH PIN.
MasyaAllah, Allah Hu Akhbar, kita sendiri boleh melihat siapakah yang benar dan siapakah yang munafik!
Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin. SHAH ALAM - Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz NikMat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini bermakna, perbuatan menyamakan keperibadian sesaorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa hukumnya fasik.
"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa sesaorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk. Orang yang menggelar itu haruslah bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.
Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz dengan Ayah Pin adalah sangat ketara kerana Nik Aziz adalah saorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.
"Tidak boleh sama sekali mengatakan sesaorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.
Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing "Mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur kerana kesucian mereka," katanya.
Pssst..tuan-tuan semua nilahlah luhurnya hati Harussani ini, semoga beliau bertambah mendapat taufik dan hidayah dari Allah...w.a

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular