Nik Aziz Diingat Supaya Berpolotik Secara Waras - Nizar

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin-pimpin Pas diingatkan supaya tidak menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik peribadi dan kepartian kerana boleh membawa kesan buruk dalam hubungan sesama agama dan bangsa di negara ini.
Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata penggunaan isu agama dalam politik harus diberhentikan kerana perkara itu sudah lama dipergunakan oleh Pas dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan. "Saya hendak mengingatkan kepada Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain supaya berpolitik secara waras dan tidak menggunakan (agama) untuk kepentingan politik seperti mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai.
"Sebagai seorang politik, kita perlu berpolitik dengan cara yang betul, yang dikehendaki oleh agama, dan kita harus bersyukur dengan apa yang kita nikmati, bukannya membuat fitnah, keji mengeji antara satu dengan yang lain dan aakhirnya membuat kerugian," katanya kepada UMNO-online. Menurutnya, seringkali ketika musim pilihanraya, ramai pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Nik Aziz yang sering mengeluarkan pelbagai fatwa dalam usaha meraih sokongan pengundi.
Beliau berkata, pemimpin-pemimpin Pas supaya berfikir secara rasional setiap apa yang diperkatakan sering menjadi ikutan dikalangan penyokong-penyokongnya yang taksub dan menerima apa sahaja yang diperkatakan tanpa memikirkan kebenaran atau kesahihan terutamanya membabitkan fatwa atau hukum yang dikeluarkan.
"Saya melihat pada hari ini, penyokong mereka yang begitu taksub sanggup mempercayai apa saja oleh pemimpin mereka sehingga sikap membenci bukan sahaja diperingkat dewasa. Malah sehingga kanak-kanak yang sudah disemai perkara itu dengan mengatakan pemimpin sekarang zalim dan kejam. Ini saya fikir satu penjajahan idealogi yang merbahaya sehingga menjadi taksub dan boleh merosakan agama, bangsa dan negar." katanya.
Nizar berkata, perkara seperti itu tidak harus dilakukan dan memanipulasikan apa jua perkara hanya dalam usaha untuk mengejar kepentingan politik tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku jika perkara sebegitu dibiarkan berlarutan.
Menurutnya, dalam keterbukaan politik dinegaraini, ia tidak harus disalah gunakan oleh mana-mana pihak bagi memastikan keharminian dan kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyatdinegara ini berkekalan- MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • Beautiful to be seen nice to be felt..! You see what good yoga pants or what..?
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...