Mampukah Filem Anwar Tenggelamkan Hikayat Merong Mahawangsa??

Semua pihak dinasihatkan jangan melatah atau terlalu suka dalam hal pendedahan terbaru video seks Anwar Ibrahim. Para blogger pro-kerajaan juga diingatkan jangan terus membuat kesimpulan bahawa aksi dalam video itu memang aksi Anwar. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran.
Dari mana sumber video ini seks ini belum boleh sama sekali diterima pakai kerana orang yang mendedahkannya pun tidak mahu memperkenaalkan diri. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Dato T. Selaku rakyat Malaysia saya sangat kesal bercampur marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab orang yang bernama Dato T kerana menghebahkan wujudnya video seks Anwar Ibrahim kepada wartawan tetapi tidak mahu memperkenalkan diri.
Pemikiran rakyat semakin kalut dengan tindakan baling batu sembunyi tangan Dato T dan boleh menyebabkan negara menjadi huruhara dengan kewujudan video seks terbaru ini. Sudah pasti pehak penyokong Anwar dan pehak yang tidak menyokong akan terus menidak dan mengiyakan perlakuan ini walau pun kesahihan video ini masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan.
Golongan rakyat atas pagar yang hanya mahukan kebenaran juga turut menjadi mangsa dengan pendedahan yang tidak betanggungjawab ini. Siapa Dato T..? Apa yang kita baca dari Malaysian Insider atau Malaysia Kini, Dato T telah diminta oleh Anwar untuk mengambil jam yang tertinggal di hotel yang dimaksudkan.
Kalau begitu kenapa untuk mencari jam yang tertinggal didalam bilik hotel hingga terpaksa mencari sehingga kebelakang almari? Jam itu tak disebut dijumpai dimana dalam bilik tersebut. Apa pula tujuan Dato T bertindak sendirian dengan hanya memanggil kumpulan wartawan tertentu untuk menyaksikan tayangan video Anwar main seks dengan amoi China ini?
Apakah Anwar benar menginap dihotel tersebut kerana menurut Wan Azizah, Anwar ada bersama beliau dan anak-anak dirumah pada malam 21 Februari? Jadi kenapa Dato T beri tahu Anwar arahkan dia pergi kehotel itu mengambil jam? Tidak payah kita pergi jauh membayangkan dan berhujah tak tentu pasal bab video seks Anwar ini.
Kita hanya perlu tahu siapa Dato T dan polis perlu dapatkan cerita sebenar dari Dato T terlebih dulu. Kenapa dia cari jam sampai belakang almari. Mcam mana dia boleh jumpa dan cctv. Kenapa dia berani sangat kopakkan laci almari milik hotel tersebut. Siapa yang pasang cctv. Pihak hotel juga perlu memberi penjelasan. Kenapa Dato T bertindak bersendirian dan tak menyerahkan perkara ini kepada polis,
Kenapa dia sendiri yang bertindak untuk menyerahkan video kapada Wan Azizah. Kenapa tiba-tiba mengugut Anwar dan Wan Azizah, dan memberi tempoh seminggu jika tidak memberi jawapan dia akan sebarkan video tersebut kepada orang ramai? Bukankah jika berdasarkan cerita yang dibawanya, dia telah diminta oleh Anuar sendiri untuk mengambil jam yang tertinggal? Sekali lagi orang yang terlibat secara langsung dengan Anwar yang mendedahkan perkara-perkara yang tidak diketahui umum ini.
Jika Dato T nanti dituduh orang yang hantar oleh UMNO atau kerajaan untuk mengaibkan Anwar, memang sahlah Anwar terlalu lemah mudah musuh menghantar orang hingga berjaya masuk kedalam kelambu. Sama-samalah kita tunggu satu drama baru yang dihidangkan untuk perbicaraan umum rakyat Malaysia.
Hero filem masih dibintangi oleh Anwar Ibrahim. Berkemungkinan, Anwar juga yang bertindak selaku pengarah dan penulis skrip filem yang bakal menenggelamkan Filem Merong Mahawangsa yang sedang ditayangkan di pewagam. Kita merancang, Allah yang menentukan. Kita sama-sama tunggu perancangan siapa yang maha hebat.
Artikel: Kamarulzaman Kamdias
diterbit kembali oleh
mnorkembalak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular