Demi Duit Ladang Rakyat Pas Kelantan Perjudikan Alam Sekitar

Gua Musang 5 Mac - Untuk mendapatkan duit pemimpin Pas Kelantan sanggup membiarkan peladang bukan bumiputra membuka ladang rakyst tanpa kawalan sehingga alam sekitar di Hulu Kelantan terjejas.
Apa tidaknya, selain daripada hutan diterokai kononnya untuk mengusahakan tanaman sawit, air sungai di kawasan pendalaman pun menjadi kotor akibat aktiviti pembalakan. Malahan tauke-tauke Cina dari luar yang membuka ladang rakyat membuang sisa racun serangga kedalam sungai setelah meracun semak-samun diladang mereka.
Hasilnya air sungai menjadi kotor, hutan hujan tropika ditebas untuk dapatkan hasil balak, kawasan tadahan hujan di Hulu Kelantan menjadi semankin sedikit sehingga menyebabkan paras air sungai Kelantan menyusut dan masyarakat di pendalaman seperti peneroka dan orang Asli tidak boleh mendapat bekalan air bersih daripada air sungai.
Kalu hendak diharapkan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd bekalkan air, jangan haraplah sebabnya sudah 21 tahun Pas memerintah masalah bekalan air tidak pernah selasai dan kerajaan Pusat beerikan RM500 juta kepada Kelantan untuk baiki sistem bekalan air pun tidak tahu kemanakah wang itu telah digunakan. Lebih menyedihkan di zaman serba moden kini ada masyarakat orang Asli sekitar Lojing, dekat sini, menghadapi masalah air yang serius sehingga memaksa keluarga kaum terbabit mandi air Sunagi Belatop yang diliputi selut dan kotar.
Keadaan ini berlaku akibat daripada pembukaan tanah untuk tujuan pembangunan pertanian yang tidak terkawal dan kebanyakkan pengusaha sayuran juga membuang sisa kedalam sungai terbabit. Pengurusi Jawatankuasa Kerajaan dan KeselamatanK Kampong (JKKK) Pos Brooke, Rashid Akoh berkata perkara itu sudah berulangkali dibincangkan dengan pemimpin kerajaan negeri, namun tidak pernah memberi perhatian serius untuk mengatasinya.
Malah beliau berkata sejak kebelakangan ini semakin luas tanah dibuka untuk tujuan itu terutama diluluskan kepada syarikat luar dari Kelantan hingga menjejaskan kehidupan orang Asli. Inilah bukti ketamakan pemimpin Pas, mereka sibuk memperdayakan rakyat Kelantan tidak ada duit untuk pembangunan dan perlukan "royalti minyak" untuk bangunkan negeri. Kini keluarga orang Asli terus berhadapan dengan masalah pencemaran sungai, selain kawasa tadahan air bukit turut dimusnahkan syarikat pembangunan ladang.
Kita tidak boleh lagi mengharapkan kepada pemimpin kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas itu kerana mereka juga ada kepentingan dalam projek tanaman sayuran di Tanah Tinggi Loging, kata Rashid. Justeru selam manakah rakyat Kelantan perlu percaya dengan kata-kata pemompin Pas bahawa tindakan mereka itu berlandaskan Islam. Pergilah melihat sendiri dikawasan Lojing betapa rakusnya orang Pas mencari duit.
Harapkan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat hendak turun melihat, minta maaflah sebab beliau sekarang mentadbir negeri Kelantan menggunakan minda tidak perlukan kehadiran fizikal katanya otak yang berfikir untuk mentadbir-KALATEKITO.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular