Kekeliruan Yang Mengelirukan

Saya mengajak para pembaca diblog saya ini berfikir sejenak, akan maksud tajuk diatas iaitu kekeliruan yang mengelirukan. Saya terbit dua artikel yang saya ambil dari dua blog iaitu Kristisonline dan satu lagi umnoreform2. Saya mulakan dengan arkitel dari kristisonline dahulu.
Kritsisonline 21 Mac 2011 - Isu video seks - yang dikatakan Anwar Ibrahim.
Satu nama telah dikeluarkan oleh sebuah laman web umnoreform2 sebagai orang yang membuat tempahan hotel tersebut. Menurut laman web tersebut nama Datok Khalid dari Alor Gajah telah dikatakan sebagai orang yang menempah hotel tersebut.
Menurut laman itu lagi - polis juga telah bertindak untuk menjejaki penganjur tersebut dalam usaha untuk mengetahui perkara sebenar dan perbuatan ugutan - mengugut sekiranya Anwar Ibrahim tidak berhenti dari politik maka keseluruhan video itu akan disiarkan. Adakah benar - ada nama Datu T - siapa Datuk T dan siapa Datuk Khalid yang dikatakan menempah bilik itu. Adakah semua ini betul atau spekulasi. Laman web umnoreform2 itu sendiri tidak mengesahkan nama Datuk Khalid tetapi mengatakan sumber itu diterima dari pelayar laman beliau. Kita tunggu perkembangan selanjut. Dalam isu ini Anwar Ibrahim sepatutnya membuat laporan polis dengan segera. Kristisonline.
Isnin, 21 Mac 2011 - Polis sedang mencari Datuk T - adakah Datuk T dan Datuk Khalid orang yang serupa (www.umnoreform2.com)
Difahamkan rakan-rakan yang menghubungi umnoreform2 bahawa polis juga sedang berusaha untuk mencari merka yang terlibat menganjurkan tayangan video seks yang dikatkan melibatkan ketua pembangkang. Umnoreform2 bertanya kepada rakan-rakan media yang telah menyaksikan video tersebut. Menurut mereka video itu seakan Ketua Pembangkang - Anwar Ibrahim tetapi untuk mereka memberi kepastian adalah tidak wajar. Rakan media yang menyaksikan - dan tidak meminta biar polis melakukan siatan.
Ada pula yang meminta ketua pembangkang membuat laporan polis berkenaan dengan tuduhan tersebut. Setakat ini PKR telah membuat kenyataan menafikan Anwar Ibrahim adalah mereka yang terlibat dalam video seks tersebut.
Pas dalam kenyataannya lain meminta polis menyiasat kerana menurut Mahfuz Omar, ini adalah satu bentuk fitnah - untuk memburukkan Anwar. Mahfuz juga secara tidak langsung mengaitkan UMNO dalam isu ini. Dalam kenyataan lain Rafizi Ramli, Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat mengatakan, mana mungkin yang muka tertutup separuh dapat memanggil hampir seluruh media untuk hadir dalam tayangan video lucah itu. Orang ini mesti bekerja dengan sesaorang yang amat berkuasa.
Apa pun misteri ini belum terjawab. UMNO perlu menafikan bahawa mereka terlibat dan memastikan bahawa orang yang membuat dakwaan itu tampil untuk membuat kenyataan terbuka bagi mematikan spekulasi dan bertindak untuk mempamerkan kebenaran mengenai tuduhan tersebut, (www.umnoreform2.com
Saya berharap saudara pembaca dapat menilaikan kekeliruan didalam laporan diatas yang telah saya terbitkan artikel dari laman web tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular