DUN Selangor Akan dihadapkan ke Mahkamah-Hafarizam

KUALA LUMPUR 1 April - Usul Menteri Besar Sealangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal mengheret DUN, speaker dan Khalid ke mahkamah.
Peguambela dan peguamcara, Datuk Mohd Hafarizan Harun berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan DUN Selangor meluluskan satu usul untuk merujuk beliau dan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
"Saya difahamkan bahawa Menteri Besar akan membawa satu usul kedalam sidang untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina DUN melalui satu surat kepada speaker Dewan.
"Dalam usul berkenaan mengatakan saya berbahasa tidak senonoh, biadab dan mengugut sedangkan surat yang dihantar kepada Tetuan Thommy Thomas selaku peguam cara kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker DUN meminta bayaran kos yang diperintah oleh mahkamah ," katanya disidang media berhubung usul berkenaan .
"Menurutnya, surat surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya. Adun Pelabuhan Kelang yang sudah diputuskan oleh mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu.
Pembayaran itu perlu selepas mahkamah memutuskan bahawa keputusan Teng sebagai Speaker DUN Selangor yang membuat keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah. Hafarizam berkata, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap sebagai satu campur tangan plitik dalam bidang profession perguaman dinegara ini dalam mempertahankan hak anak guamnya.
"Disini saya ingin jelaskan surat yang dihantar bukanlah dihantar oleh saya sendiri tetapi firma kami sebagai peguam kepada Badrul Hisham dan kami tidak pernah menulis surat kepada Tuan Speaker seperti yang dicadangkan oleh usul tersebut. "Apa yang saya lakukan ini, adalah untuk memberi tahu bahawa perkara yang dinyatakan itu tidak benar dan saya percaya usul itu akan diterima dan adalah tidak adil kerana saya tidak berpeluang untuk bercakap mempertahankan apa yang berlaku kerana saya bukan Adun.
"Untuk mempertahankan diri, saya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap DUN Selangor, Menteri Besar dan Tuan Speaker jika usul berkenaan diluluskan kerana disitu saya boleh bercakap untuk menyatakan apa yang sebenarnya." katanya.
Beliau juga menggesa Majlis Peguam membuat kenyataan berhubung perkara yang berlaku kerana tindakan diambil terhadapnya telah mengganggu profession perguaman dinegara ini, dan kes ini adalah yang pertama kali berlaku dinegara ini, dan kes iniadalah yang pertama kali berlaku di negara ini apabila satu usul membabitkan profession perguaman dibawa ke sidang DUN-mediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular