Kerajaan Negeri Selangor Sibuk Selesai Masalah Peribadi Pemimpin, Rakyat Diabaikan

KUALA LUMPUR, 4 April - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor melihat kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada dasarnya gagal melaksanakan janji-janji mereka selepas berjaya merampas dan mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu, tegas Ketua Pembangkang Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.
"Kalau kita lihat suasana di Selangor pada hari ini, jauh berbeza dengan apa yang digambarkan oleh pakatan pembangkang. Sewaktu hari pertama mereka mengambil alih kerajaan negeri, janji-janji yang mereka taburkan hampir di setiap pelusuk negeri tetapi ternyata pada hari ini, mereka gagal melaksanakan segala janji-janji kerana terlal sibuk berpolitik.
"Sehinggakandi dalam PKR itu sendiri pun, kita lihat kepimpinan tertinggi yang mana Datuk Seri Anwar sampai hari ini bergelut dalam masalah peribadinya yang tidak kesudahan, contohnya soal DNA dan video seks yang timbuk baru-baru ini," katanya UMNO-Oline disini.
Jelas beliau inilah masa terbaik kepada Anwar untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dengan memberikan sampel DNAnya kerana inilah satu peluang yang diberikan untuk membersihkan namanya.
"Tetapi apa yang berlaku pada hati ini, mereka (kerajaan negeri selangor) dan PKR terpaksa menyelesaikan dan mengatasi masalah yang mereka buat sendiri hingga tak terjaga kerajaan negeri Selangor.
"Kalau kita tengok manifesto yang dikemukakan oleh mereka, kita boleh katakan satu perkara sahaja yang mereka ambil berat, hanya air, Itulah yang mereka manipulasikan sehingga kehari ini hinggakan kerana air itu jugalah yang menyebabkan kerugian kerajaan negeri. Dengan menggunakan duit anak syarikat kerajaan negeri, KDEB untuk digunakan bagi subsidi sebagaimana yang dijanjikan kerajaan negeri," tambahnya ladi.
Justeru katanya sebagai rakyat Selangor, Pemuda UMNO kecewa kerana kerajaan negeri gagal membangunkan negeri dan mengabaikan kebajikan rakyat sebaliknya hanya sibuk berpolitik dan cuba menyelesaikan masalah-masalah dalaman mereka dan tidak boleh selesai, yang mana akhirnya rakyat sendiri yang rugi. - MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular