Menteri Besar Selangor cabar Kerajaan Persekutuan

Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media menafikan bahawa Pilihan Raya Umum yang dijangka akan berlansung pada tahun ini akan ada apa-apa kesan pada pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan dia. Ini adalah kerana dia menyangka bahawa tarikh yang paling awalkemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor adalah selepas bulan Mac 2012.
Ini berikutan kenyataan yang sama daripada YAB Ketua Menteri Penang Lim Guan Eng yang menyatakan hasratnya untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sampai tamat masa yang diperuntukan dalam AKTA yang berkaitan. Tanda tanya sekarang daripada rakyat kenapa YAB Menteri Besar Kelantan tidak mengikut kedua-dua komponen dalam Pakatan Pembangkang? Kenapa YAB MB Kelantan berdiam dalam isu ini atau tidak sepakat dengan pemimpin dari PKR dan DAP? Adakah ini satu mesej kepada komponen PP bahawa selagi masalah dalaman tidak di- selasaikan lagi, PAS akan mengikut prosedur sendiri dan pembubaran Dewan Undangan Negeri mengikut Kerajaan Pusat.
Politik adalah penuh dengan dugaan dan cabaran, terutama selepas PRU-12 dimana TSUNAMI politik melanda Malaysia dengan Barisan Nasional kalah di 4 negeri dan hilang kebanyakkan daripada Pemimpin dari setiap komponen BN. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melihat hanya seorang Ahli Parlimen bertahan dan yang lain semua tumbang.
MB Selangor mengambil risiko untuk tidak bubarkan DUN Selangor, tetapi dengan setiap risiko, ganjaran atau kekalahan cukup besar. MB Selangor sudah matang dalam politik setelah mentadbir Selangor dari 2008 sampai sekarang. Walaupun banyak kali dicabar oleh pemerintah sebelumnya, dia masih betahan dan telah bawa banyak program yang berlainan untuk rakyat Selangor. Barisan Nasional dan Pakatan akan berdepan dengan rakyat dipeti undi. Tahun 2011 atau 2012, kedua-dua parti ini tetap akan berdepan dengan rakyat.
Berita dipetik dari www.kritis-online.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular