Apa Jadi Yayasan Selangor, Masa BN Ada RM67 Juta Kini Defesit RM7.41 Juta

Laporan audit dalaman Yayasan Selangor yang dikeluarkan beberapa hari lepas menunjukkan yayasan berkenaan mengalami difesit sebanyak RM7.41 juta.
Suatu perkara yang mengejutkan. Sewaktu berlaku pertukaran kerajaan dari BN diambil oleh PKR pada tahun 2008 YS mempunyai wand sebanyak RM67 juta.
Dalam tempoh tidak sampai 3 tahun pentadbiran YS diambil alih oleh PKR wang RM67 juta lesap dan YS berhutang pula RM7.41 juta. Itulah kehebatan pentadbiran seorang tokoh koporat yang dijulang oleh PKR sebagai orang yang hebat. Isu YS sebenarnya amat rapat dengan Selangor Daily. Kami adalah pemain utama yang mendedahkan penyelewengan dan kepincangan dalam YS pada bulan November tahun lepas. Apa yang kami dedahkan dulu kini satu persatu dimasukkan kedalam laporan audit berkenaan.
Antara pendedahan yang kami lakukan,
. Penyelewengan Dalam Yayasan Selangor (siri1)
. Selangor Daily Bikin Khalid dan Ilham Kelam Kabut
. Penyelewengan Dalam Selangor (siri2)
. Penyelewengan Dalam Selangor (siri3)
. Yayasan Selangor Semakin Kelam Kabut
. Misteri: Kenapa Dia Masih Di Pejabat ?
. Isu Yayasan Selangor Diberhentikan Sementara waktu
Kami di Selangor Daily belum lagi mendapat laporan penuh audit berkenaan daripada agen-agen kami di YS kerana kata mereka "line tak clear". Laporan berkenaan akan sampai kepada kami dalam sedikit masa lagi.
Bagaimanapun laporan-laporan yang disiarkan oleh beberapa media serta portal menunjukkan ada persamaan dengan apa yang pernah kami dedahkan dahulu. Anda boleh melihat disini, disini dan disini. Itulah bukti yang kami di Selangor Daily tidak membuat pendedahan membuta tuli tanpa fakta dan bukti yang kukuh.
Lporan audit telah dikeluarkan, sahih dan nyata telah berlakuk penyelewengan dan salah guna kuasa dalam YS. Timbalan Pengurus Besar telah dipecat, bagaimana pula dengan pengurus besar ? Adakah beliau perlu terus berada disana kerana beliau kroni MB Selangor ?
www.selangordaily.com
Pssst, harap ma'af pembaca budiman, kelemahan saya tida tahu untuk membuat klik disini, yang sebenarnya klik disini adalah sebuah laman web. semoga ada pembaca yang sudi mengajarkan pada saya bagaimana membuatnya....huhuhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular