Sejauh Mana Pas Mampu Bersembunyi Di Sebalek Kebenaran?

KUALA LUMPUR 1 April - Pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long percaya Pas tidak akan menerima kenyataan Ketua polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung rakaman video sek yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tilen.
Sebaleknya beliau melontarkan kenyakinan bahawa parti itu pada waktu ini tengah menulis dan merangka pelbagai skrip mengikut acuan Islam dalam usaha mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahin yang yang dikaitkan dengan video tersebut.
"Ikut mana pun Pas tidak akan terima walau pun seandainya mereka tahu dan sedar video itu adalah tulaen kerana tumpuan mereka hari ini adalah kepentingan politik semat-mata bukannya memperjuangkan serta mempertahankan kebenaran didepan mata,
"Bukankah Anwar merupakan salah satu jambatan mereka selain daripada agama untuk meraih sokongan rakyat. Ini semua tahu dan saya percaya mereka tidak boleh menfikan perkara ini. Percayalah apa sahaja yang akan membabitkan Anwar akan dikaitkan dengan konspirasi, fitnah dan sebagainya. Meraka hanya akan percaya jika sesuatu isu atau perkara itu melibatkan musuh politik mereka iaitu dikalangan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Bab ini merekalah yang terkedepan minta siasat dan sebagainya. Bila kena hidung sendiri, mereka keluar pelbagai alasan dan pelbagai tuduhan,: katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata kertas siatan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.
Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur, dipertontonkan kepada beberapa editor media. Ekoran itu, satu laporan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, polis menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kes itu.
Ustaz Jamiltidak menolak kemungkinan kalangan pemimpin Pas hari ini mungkin terbahagi kepada beberapa kumpulan ekoran isu terbaru yang membabitkan Ketua Pembangkang terbabit. "Saya percaya sedikit sebanyak pemimpin meraka akan mengakui dan ada yang betul-betul menolak tetapi disebabkan faktor yang saya sebutkan tadi, mereka terpaksa berdiam diri dan hanya mengatakan benar didalam hati mereka sahaja."
"InsyaAllah..Allah maha adil dan maha berkuasa...perkara benar akan terbukti kelak, cumanya cepat atau lambat.Tunggu dan tengoklah nanti bagaimana. Kita manusia hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t agar menguatkan keimanan umat Islam hari ini untuk menempuh cabaran getir itu dan saya berdoa agar kepimpinan khususnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibukakan hati untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan," katanya.- MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular