SPRM: Operasi 3b Tahan 62 Pegawai Kastam, Isteri

PUTRAJAYA, 2 April Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengadakan operasi 3b awal minggu ini telah menahan seramai 62 Pegawai Kastam Diraja Malaysia diseluruh negara ter-masuk seorang pegawai kanan dari Pahang dan isterinya. Operasi itu diadakan untuk menyelamatkan agensi dibawah Kementerian Keuwangan itu yang kehilangan hasil negara yang dianggarkan RM 3 bilion. Isteri yang ditahan juga merupakan pegawai kastam yang bekerja di pejabat yang sama. Daripada 62 orang itu, seramai 53 lelaki manakalasembilan wanita kesemuanya pegawai kastam pelbagai peringkat. Mereka ditangkap dalam satu pasukan petugas yang diketuai SPRM, dan disertai Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara.
Kenyataan dikeluarkan SPRM menyebut, tangkapan dalam operasi bersepadu dengan beberapa agensi tersebut bermula Isnin lepas adalah bagi kesalahan-kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009, Akta Kastam 1967 dan Akta Pengubahan wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2011.
Operasi itu, menurut SPRM, dijalankan berikutan tomahan terhadap pegawai-pegawai kastam di pelabuhan-pelabuhan seluruh Malyasia yang dikatakan telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat penghataran dan ejen-ejen bagi mengurangkan duti kastam serta mempercepatkan borang pengisytiharan Kastam.
Operasi yang dijalankan seluruh negara dengan tumpuan di lima pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tangjung Pelepas dan Pasir Gudang menunjukan ada diantara pegawai kastam yang menerima antara RM100 hingga RM500 bagi setiap Borang K1 yang diproses.
"Dalam operasi yang dijalankan ini, SPRM juga telah menyita akaun seorang pegawai yang mempunyai simpanan sebanyak RM850.000 seorang lagi memiliki hampir setengah juta serta mempunyai kereta mewah dan seorang lain pula didapati memiliki RM70.000 dalam akaunnya yang diterima melalui tujuh transaksi setiap satunya RM 10.000
"SPRM juga berjaya merampas wang tunai daripada beberapa orang pegawai kastam telah mendapati mereka memiliki wang tunai dalam jumlah besar, antara yang dijumpai ialah RM200.000 dan jam tangan mewah berjenama diperbuat dari emas," katanya kenyataan itu. Selain itu, seorang pegawai kastam juga turut memiliki dua unit pistol tiruan beserta 241 butir peluru.
Psssstt..yang bagi rasuah juga kena ditangkap dan dijatuhkan hukuman dua kali ganda. Kerana dengan ini jenayah rasuah dapat dibenteras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular