Bantah Jones Bakar AI -Quran, Rakyat Afghan Serbu PBB 20 Maut

MIAMI, 2 April - Pastor Terry Jones dari Florida, yang mencetuskan kegemparan antarabangsa tahun lalu dengan ugutan mahu membakar Al-Quran , kembali menjadi fokus selepas membakar kita suci Isalam itu kali ini membawa kesan balas yang sangat berat 20 maut di Afghanistan.
Reuters melaporkan, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja membakar Al-Quaran menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membunuh sekurang-kurang 20 orang, sebahagian besarnya kakitangan asing. Ada mangsa yang dipenggal kepala. Protes berdarah itu diadakan selepas solat Jumaat semalam dibandar Mzar-i-Sharif. Jone 58, seorang pastor fundamentalis dan ketua gereja kecil di Gainesvile, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar Al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.
Tujuh orang terbunuh dalam protes di Afghanistan dan beberapa negara Islam lain ketika itu. Ekoran peristiwa itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar Al-Quran termasuk selepas campur tangan White House.
Bagaimanpun beliau kekal mengkeritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab Al-Quran boleh membawa elemen keganasan. Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudiannya menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang.
Program itu berlansung kira-kira enam jam. Video yang menunjukkan naskah-naskah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center. Dalam pada itu, John King CNN memutuskan untuk tidak menyiarkan temubual dengan Jones ada memberitahunya bahawa beliau tidak akan "sama sekali membakar Al-Quran" tetapi telah mengubah fikiran.
Jones telah di ingatkan kesan keatas Amerika Syarikat dan pasukan tentera antarabangsa di rantau Timur Tengah jika terus membakar Al-Quran. Sementara itu, akhbar Los Angeles Time pula melaporkan dalam e-mel yang dihantar semalam, Jones tidak memberikan alasan beliau berubah fikiran sekali lagi.
Bagaimanapun beliau mengecam keganasan di Afghanistan sambil menyifatkannya sebagai "sangat trajis dan satu tindakan jenayah." Justeru beliau menggesa Amerika Syarikat dan PBB membawa mereka yang melakukannya kemuka pengadilan. Jones mendakwa Islam bukan agama yang membawa keamanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular