Isu Video- Generasi muda PAS di 'double standard'

KUALA LUMPUR, I April 2011 - Natijahnya generasi muda Pas amat teruja dengan keinginan untuk mengetahui kebenaran sama ada si pelaku dalam rakaman video seks itu adalah individu yang melibatkan ketua pembangkang atau tidak. Walaupun begitu, kepimpinan tertinggi dalam Pas agak dingin dan sikap acuh tak acuh sementara amalan suka berdiam diri bersawang didalam kepimpinan PAS.
Lantaran dari cadangan kerajaan ingin menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahehan video seks ini telah mendapat pandangan positif dari Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hasan. Yang mempunyai berpunca dari sikap terbuka generasi muda Pas sendiri.
Adakah sikap terbuka yang cuba dibawa oleh generasi muda Pas ini diterima dengan senang hati oleh pihak atasan Pas dan ini sudah pasti, memberi implikasi besar jika pandangan generasi muda Pas ditolak oleh kepimpinan tertinggi mereka. Jadi mereka nampaknya diancam dengan permainan dan sandiwara kepimpinan mereka sendiri. Ini jelas dalam kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang tidak bersetuju penuh dengan penubuhan suruhanjaya tersebut dan mengata kan hanya memberi kelebihan kepada UMNO sekiranya surahanjaya itu benar-benar diwujudkan. Nah! barangkali Nasarudin belum cukup kuasa membawa perubahan dalam Pas
supaya suara generasi muda boleh menembusi setiap keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti Pas malahan agak mundur pemikiran dan alasan yang diberikan oleh orang kanan Pas juga mengatakan suruhanjaya tersebut tidak ada individu yang layak lagi dari segi intergriti nya dan Malaysia katanya ramai yang tidak berintigriti sepenuhnya.
Generasi muda Pas kini diancam dengan satu sikap 'double standard' oleh kepimpinan tertinggi Pas sendiri dan kesedaran perlu untuk Nasarudin membawa keluar keadaan sebegini dari terus membelenggu mereka. Tiada yang boleh mendapat keuntungan kepada parti jika suara generasi muda Pas dipinggirkan kerana sebuah parti politik yang berasaskan perjuangan Islam perlu dokongan dan kekuatan pelbagai tunjang termasuk generasi muda Pas.
Kekeliruan yang berlaku dalam amalan yang diguna pakai dalam Pas sekarang ini akan mengakibatkan generasi muda Pas akan semakin keliru dengan perjuangan parti. Manakan tidak, sebelum ini sekiranya pemimpin UMNO yang terlibat dalam salah laku mereka Pas akan senang habis-habisan yang popular lagi suka gunakan solat hajat bagi mendapatkan kebenaran serta pemimpin itu harus meletakan jawatannya.
Denagan perkembangan terkini, generasi Pas sudah mula menyuarakan pandangan yang tegas, mengapa beria-ia sangat kepimpinan tertinggi Pas mempertahankan ketua pembangkang, adakah kerana masih mengharapkan pemerintahan yang di idamkam masih boleh menjadi realiti. Oleh itu suka atau tidak suka, mereka akan menolak semua isu yang melibatkan Anwar Ibrahim.
Beberapa pemimpin muda Pas yang penulis berjumpa, mereka inginkan kebenaran apakah Anwar Ibrahim berkenaan terlibat, sekiranya kita percayai beliau terlibat kenapa harus takut, dari membuat spekulasi baik suruhajaya diraja itu ditubuhkan dan pemimpin Pas kena fikirkan. Walau apa juga cara pemimpin kanan Pas guna untuk tidak diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes rakaman video seks ini, suara muda Pas pasti akan sentiasa menimbulkan gelora ingin tahu akan kebenarannya. 'Perjuangan Islam-Perjuangan Kebenaran' katakan benar dan katakan salah jikanya terbukti salah.
Skrip: www.kritis-online.com

1 ulasan:

  1. Salam bro,

    Bagi link pun salah address...

    Tapi X apa dah linkkan dekat my blog lisk 2..

    Kawan punya laptop baru balik dari kedai.. Repair... dah dua bulan lebih....

    Apa2 pun selamat...

    Tolong buangkan "code" untuk kommen tu... menyusahkan...

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular