Video seks: Polis keluar kenyataan hari ini

KUALA LUMPUR, 5 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang yang kini tersebar di Internet.
Bernama Online memetik jurucakap Pusat Media PDRM Bukit Aman berkata, sebarang kenyataan dan sidang akhbar mengenai penyebaran video seks itu akan dimaklumkan kepada media.
Klip video hitam putih 107 saat itu disiarkan di beberapa laman web antipembangkang dan YouTube sejak kemarin. Dalam pada itu Utusan Malaysia pula berkata rakaman video seks yang diserahkan "Datuk T" kepada polis dua minggu lalu akan dihantar untuk dianalisis oleh pakar asing diluar dalam tempoh terdekat. Sumber polis berkata urusan itu akan dilakukan selepas persetujuan dicapai dalam mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Jumaat lalu mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara.
Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila bekas ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, Ahli perniagaan Datuk Shazly Easkay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • Beautiful to be seen nice to be felt..! You see what good yoga pants or what..?
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...