AKSB: Air Atau Selut ?

Pasir Mas, 1 Mac - Isu air membelenggu Pas Kelantan tidak pernah selesai, malahan ada pihak yang membayar RM35,000 sebulan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pun tidak mendapat bekalan air mencukupi.
Lebih menyedihkan pihak yang membayar itu adalah Hospital Raja Zainab ll (HBZll), itu tempat ramai orang Kelantan datang mendapatkan rawatan di Kota Bharu malaham ianya pernah menghadapi masalah kritikal untuk menjaga kebersihan di Hoslital itu akibat kegagalan AKSB sediakan bekalan air mencukupi. Baginilah sikap Pas Kelantan dalam menjaga kebajikan rakyatnya biarpun perkhidmatan itu dibayar.
Apakan hendak dihairankan dengan nasib pelajar yang menuntut Ilmu di MRSM Jeli yang 10 tahun menunggu bekalan air tak pernah sampai. Hospital seharusnya menjadi tempat untuk memulihkan penyakit bukan tempat bercambah penyakit dan HRPZll juga telah menambahkan peruntukan RM500,000 untuk baik pulih sistem paipnya di bangunan lama, namun punca bekalan air berlarutan selama setahun.
Tidak tahulah dimana tahap profesionalisme AKSB mahu pun kerajaan negeri lebih menyedihkan. Ahli Parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden Pas mengutuk kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengabaikan rakyatnya dalam bekalan air di sebuah kampong di Kerdau
Pas ini bab cari salah orang yang masalah air kecil di sebuah kampong pun nak bising ketika berkempen di pilihanraya di Kerdau. Tetapi negeri Kelantan yang satu negeri rakyatnya tidak dapat air bersih atau tiada bekalan air lansung di sesetengah kawasan dalam negeri "membangun bersama Islam" pun. Pas bolih duduk senyap atau buat "lembu kenyang"
Apa jenis pemimpin yang konon berjuang untuk rakyat, sedangkan masalah air yang menjadi keperluan utama rakyat pun tidak dapat diselesaikan selama 21 tahun memerintah. Tambahan pula kerajaan Pusat telah memberikan RM500 juta untuk baik pulih sistem paipdan kemudahan bekalan air, namun masalah masih kekal.
Malahan ada sesetengah kawasan rakyat terpaksa bangun pukul empat pagi untuk tadah air biar pun macam selut untuk basuh baju, simpan air, ambil air sembahyang dan mandi di Kota Bharu, PasirMas, dan Bachok. Bagaimana hendak selesaikan masalah ini kalau Pas masih gagal. Dulu BN pernah janji, masalah air bolih selesai segera di Kelantan jika rakyat pilih BN ambil alih Kelantan.
APAKATA KITA BERI PELUANG KEPADA BN SEPENGGAL UNTUK SELESAI MASALAH AIR PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular