Selepas dimalukan oleh Pengerusi Pasar Lama MPKB dan Pengerusi Peniaga Arked Uda hari ini. Nik Aziz melepaskan amarahnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat. "Kalau yang nak tolak...tolaklah. Pasar itu tetaplah begitu, nak terima...terima dan lebih 100 orang yang dah terima, yang saya sudah tandatangan...kita tidak berganjak, yang tolak..tolaklah, yang terima pun ada," katanya.
Lihat betapa angkuhnya Nik Aziz, peniaga kecil yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang terus ditindas. Inikah model Kerajaan Islam yang dibawa oelh Pas?
Yang miskin akan terus miskin, yang kaya akan terus kaya - kurang lebih sistem kapitalis. Malu bukan saorang pemimpin agung dihina dikhalayak ramai, gara-gara wakil rakyat tunggul kayu, gara-gara wakil rakyat sibuk berkahwin di Kemboja. Kalau tidak percaya semak Air Asia berapa kali Ahli Parlimen Kota Bharu berulang alik ke Phnom Penh.
Kesian juga pada super hero spender Husam Musa cuba tunjuk bijaksana untuk selesaikan masalah peniaga kecil, akhirnya dicemuh. Peniaga lebih selesa mengangkat buku tulisan kickdefella mengenai Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked Uda daripada menjunjung wakil rakyat tunggul kayu dan ulama terompah Pas.
Nik Aziz perlu ingat dua persatuan yang mewakili 415 peniaga Arked Uda dan Pasar Lama MPKB tetap menolak tawaran dibuat Kerajaan Negeri kerana mereka masih menuntut janji diberikan ketika Pilihan Raya Umum 2008 iaitu ruang niaga berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi, bukannya 1.82 x 3.65 meter persegi ketika ini. - kelatekito.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak