UMNO beli Pasar MPKB untuk bela peniaga yang dizalimi

KOTA BHARU 27 Mac - Kesungguhan UMNO Bahagian Kota Bharu untuk membela nasib 300 peniaga yang dizalimi Pas telah jelas kelihatan apabila bendaharinya, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad sanggup untuk membeli balik Pasar Lama MPKB - bangunan milik rakyat yang dijual Pas kepada Sensa Timur Sdn Bhd - itu sebanyak RM5 juta.
Ini ekoran desakan Kerajaan Pas Kelantan supaya semua peniaga terbabit berpindah ke lubang kubur Bazar Tok Guru selawat-lewatnya pada 30 Mac ini. Hasrat Seikh Rozi itu disampaikan oleh Ketua UMNO Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh pada sidang akhbar yang turut dihadhiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB temasuk Pengerusinya Ab Salim Ahmad Mohd Fahmi berkata, ahli perniagaan itu sanggup menawarkan harga yang lebih tinggi untuk bangunan itu biar pun dikatakan harga asal yang dijuap MPKB-BRI kepada Sensa Timur hanya RM3.8 juta.
"Peniaga ini bersimpati dengan kemelut yang melanda jadi beliau beri komitmen untuk buat tawaran itu dengan harga RM5 juta bermakna pemilik bangunan boleh untung RM2.8 juta. Kesungguhan beliau ini adalah atas dasar simpati terhadap peniaga yang menerima musibah kerana perniagaan ini adalah mata pencarian utama mereka selama ini," katanya.
Hasil usaha UMNO Kota Bharu yang juga peguam Nor Azli juga telah tampil menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada peniaga-peniaga disitu dalam menuntut hak mereka daripada Pas kelantan. Semua ini adalah hasil UMNO yang amat memahami penat lelah dan keringat peniga di pasar terbabit untuk mencari rezeki bagi menanggung keluarga. Ingat Allah akan sentiasa membalas sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain.- kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular