Isu Video Seks: Trio Datuk T Boleh Dilindungi Undang-undang

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Trio Datuk "T" yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkanh akan dilindungi dibawak Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abduk Aziz hari ini berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamaya trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat keatas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siatan polis," katanya kepada pemberita dilobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kapada trio berkenaan.
Rabu lepas, bekas ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul RahimThamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pribumi Pertubuhan Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Daduk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibarahim telah tampil membuat penafian beliau individu tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkata itu. Berikutan pendedahan, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi turut melibatkan persoalan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular