Pemimpin Pas Macam Pacat Kepanasan Jelas isu Leteri

RANTAU PANJANG 24 Mac - Peminpin Pas kali ini dilihat benar-benar terperangkap debgan isu mengkaji semula pengharaman penjualan loteri kebajikan big sweep di Kelantan. Apa tidaknya mereka semua banyak membuat kenyataan media berhubung isu itu sebagai cuba menjelaskan kepada rakyat behawa mereka tidak menyokong judi dan tidal tunduk kepada DAP.
Hakikatnya rakyat pun tahu, kalau Pas tidak tunduk pada DAP kenapa undang-undang MPKB mengharamkan judi loteri sejak 20 tahun lalu ingin fikaji semula. Rakyat pun sedar dengan keputusan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengkaji semula pengharaman loteri itu membuktikan Pas telah menggadaikan perjuangan Islamnya kepada parti Komunis , DAP.
Bukan setakat, Nik Aziz sahaja pemimpin Pas Pusat seperti Sallahuddin Ayub merangkap Ketua Parlimen Kubang Kerian dan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Perangcangan Keuwangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun turut cuba menjelaskan isu itu kepada umum.
Abdul Fatah berkata Pas tidak tunduk kepada rakan sekutunya DAP, walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti penjualan di Kelantan. Malaha kajian itu hanya bagi menentukan bidangkuasa pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pehak yang menjual tiket judi diluar permis pernigaan.
"Undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, sebagaimana mengikut Akta Kerajaan Tempatan. Tidak timbul soal kita tunduk kepada tekanan mana-mana pihak menyebabkan Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula undang-undang melarang kegiatan perjudaian dinegeri ini," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dua minggu lepas berkata beliau akan meminta Panasihat undang-undang mengkaji semula dari segi undang-undang pengharaman kegiatan perjudian di negeri ini.
DAP sebelum ini mahu kerajaan Pas Kelantan mengkaji semula tindakannya merampas tiket loteri kebajikan di tiga permis perniagaan di bandar ini supaya tidak menjejaskan sokongan masyarakat China pada pilihanraya umum ke13 nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular