Pemimpin Pas, DAP, PKR Disarankan Buat Permintaan Khas Lihat Video Seks

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Ketua penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan agar pemimpin-pemimpin utama pembangkang membuat satu permintaan khas untuk menyaksikan sendiri rakaman video seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan mencari kebenaran. Beliau seterusnya yakin permintaan tersebut boleh ditunaikan dengan syarat ia tidak dihebahkan kepada umum hanya untuk tujuan mencari kepastian secara peribadi.
"Saya rasa elok juga pemimpin DAP, Pas dan PKR termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz buat permintaan khas untuk melihat rakaman video itu tanpa perlu menghebohkan...tengoklah sendiri untuk kepastian. Saya yakin ada permintaan itu dibuat ia boleh dipenuhi," katanya kepada UMNO-Online disini, hari ini.
Beliau seterusnya memberi tahu telah berkesempatan bertemu dengan lima individu yang telah menyaksikan rakaman video tersebut. "Saya tidak melihat video itu tetapi kelima-lima yang sama temui itu mengesahkan bahawa imej yang berkaitan adalah imej Anwar Ibrahim. Kalau lima individu itu berbohong maka saya berbohonglah tetapi tidak ada sebab mengapa kelima-lima orang itu nak membohongi saya," ujarnya.
Malah kata beliau lagi mereka yang melihat videp itu bahawa visual yang dipamerkan begitu jelas memperlihatkan siapa yang terlibat. "Ia dikatakan dirakam menerusi perakam yang berteknologi tinggi," katanya. Justeru beliau juga turut mengesyorkan agar kerajaan menimbang supaya diadakan satu suruhanjaya siasatan sebagaimana kes-kes videosebelum ini seperti video D.P Vijandran dan VK Linggam. -mediaUMNO
Pssst.....jangn buat tayangan perdana dah..lah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...