Memang sedap didengar dirham dan dinar kerana ia amat berkait rapat dengan Islam bagaiman pon sejauh manakah perlaksanaan adakah ia sekadar rektorik politik Pas. Ketika dirham dan dinar dilancarkan di Kelantan Trade Center dahulu, Datu Husam Musa berkata, gaji wakil rakyat Pas akan dibayar dengan dinar dan dirham sebagai salah satu galakan untuk penggunaan mata wang Kelantan ini.
Bagaimanapun sehingga sekarang ia senyap begitu sahaja, apa sudah jadi? setakat manakah perlaksanaannya? Sememangnya pembayaran gaji menggunakan dinar dan dirham tidak pernah berlaku kerana YB-YB Pas ini sedar bahawa dinar dan dirham tidak akan kemana.
Bagaimana untuk membeli barangan dan memberi sedekah kepada orang kampong sedangkan ia tiada nilai untuk jual beli. Jelas apa yang berlaku, Pas hanya cuba mencari populariti dan bukannya bersungguh untuk membantu rakyat biar pun telah diberi peluang untuk memerintah selama 21 tahun.- kelatekito.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak