Keberangan Azmin Di Tegur PAS

Beberapa hari lepas, Mohamad Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat telah melushksn rasa tidak puas hati terhadap Datuk Mustapa Ali secara terbuka.


Ianya dilakukan tanpa merujuk kepada pemimipin parti itu dulu menyebabkan Azmin mendapat teguran dari PAS.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Naib Presiden PAS berkata kenyataan tersebut yang mendapat perhatian media massa boleh merosakkan hubungan baik dua parti tersebut. Setiausaha Agung PAS juga telah membuat penjelasan dan dinyatakan di akhbar adalah bercanggah.


Azmin sepatutnya menghubungi Setiausaha Agung untuk mendapatkan penjelasan sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin PAS sekiranya ingin penjelasan berhubung sesuatu isu PKR kata Datuk Tuan Ibrahim lagi.Semalam akhbar utama melaporkan tentang keberangan PKR dengan pendirian PAS untuk mengkaji semula masa depan parti itu dengan pakatan pembangkang jika siasata pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam video seks itu.


Azmim juga Ahli Parlimen Gombak begitu emosi bila Anwar Ibrahim diserang oleh PAS. membuktikan pemimpin PKR ini sama emosi juga dengan Anwar Ibrahim yang baru-baru telah melenting kepada wartawan yang bertanyakan kepadanya tentang jam tangan Omega. Tindakan Azmin Ali yang begitu kurang ajar juga telah memaksa Setiausaha Agung PAS membeuat penafian tentang kenyataan yang beliau dakwa tidak pernah dikeluarkan oleh beliau.
oleh: Ismail kamarudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular