55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Surat terbuka untuk Wan Azizah dan & Nurul Izzah.

Surat ini adalah datangnya dari seorang pembaca di tujukan khusus untuk Wan Azizah dan Nul Izzah.


Wan Azizah,
Saya salah seorang isteri di Malaysia ini sangat simpati yang menimpa kamu sekeluarga. Isteri mana yang boleh tahan bila suaminya dituduh meliwat,melanggan pelacur, ada klip video pula.


Tahniah!
Saya ucapkan diatas semangat juang kamu membela dan mempertahankan maruah suami kamu. Walau apapun ingin saya nyatakan disini cara kamu membela, mempertahankan suami kamu amat-amatlah dikesalkan.


KENAPA SAYA BERKATA DEMIKIAN ?


Minta ditubuhkan suruhanjaya diraja kamu tolak. Minta tunjuk Omega, kamu marah wartawan, sedangkan kamu kata jam Omega ada dalam simpanan kamu.


Suruh bersumpah cara Islam atau buktikan secara saintifik menggunakan mesin poligraf kamu enggan malah menuduh itu taktik musuh kamu. Wan Azizah untuk membuktikan suami tak bersalah bukan ini caranya. Caranya begini....kamu amat yakin suami kamu tidak meliwat Saiful, tidak melakukan hubungan sex dengan wanita Cina tersebut. Malah kamu yakin lelaki bertuala putih yang senyumnya sama (Anwar) suami kamu itu BUKAN suami kamu (dengan penuh yakin) Maka disini sepatutnya kamu menyahut setiap cabaran diatas. Katakan kepada mereka...AKU sahut cabaran kalian! Tubuhkan suruhanjaya diraja.


Nak jam Omega? Aku tunjukkan. Nak aku bersumpah! Masjid mana? Aku akan pergi dan aku akan lakukan. Nak DNA? Aku akan minta dari Anwar. Aku sedia lakukan apa sahaja. Aku tidak takut, aku tidak gentar, kerana aku yakin seyakin Anwar tidak meliwat Saiful. Lelaki bertuala putih wajahnya mirip Anwar dalam klip video itu bukan suami aku (Anwar Ibrahim). Katakan kepada mereka lagi... Sebarkan sahaja klip video tersebut. Tapi!!! jangan separuh tayangkan sehingga tamat siaran. Aku yakin itu bukan Anwar (suamiku). Wan Azizah kamu lakukan apa sahaja yang saya katakan ini. Percayalah!! Seluruh rakyat Malaysia akan berduyun-duyun menyokong kamu sekeluarga. Musuh kamu akan hancur semuanya.


TAPI PERLU DIINGAT!!!! HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR YAKIN DIPEHAK YANG BENAR SAHAJA DAPAT MELAKUKANNYA.


KERANA APA?
KERANA DIA DIBANTU OLEH ALLAH YANG MAHA ESA, MAHA MENGETAHUI APA YANG TERSEMBUNYYI DALAM HATI SETIAP HAMBANYA.


Boleh kamu lakukan?
Tentu bolih kalau kamu, ORANG YANG BENAR-BENAR,DIINAYAI kalau sebaliknya....?


WAHAI RAKYAT MALAYSIA!!!
KAMU SEMUA DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH AKAL DAN FIKIRAN.


BERFIKIRLAH SECARA RASIONAL BUKAN EMOSI. APA & MENGAPA WAN AZIZAH & ANAKNYA MENOLAK SEMUA PERMINTAAN KITA RAKYAT MARHAEN INI.


Wan Azizah, saya ingin membantu, terpulang kepada kamu sekeluarga. Kamu dipehak yang benarkan? Maka tiada sebab kamu menolak pertolongan yang berharga dari saya. Lainlah kamu memang suami kamu itu lelaki betuala putih dalam klip video tersebut.


Bak kata oghang nogori...tak dapek den nak nolongnyo....
Wan Azizah, jangan kamu dengar nasihat salah dari isteri-isteri (muslimat Pas, PKR, wanita DAP) mereka semua tidak membantu kamu, malah nasihat dari mereka itu akan menambah rasa curiga rakyat terhadap kamu sekeluarga.


Kamu dipihak yang benarkan?


TERIMA CADANGAN YANG IKHLAS DARI SAYA INI. Inilah yang terbaik buat kamu. BUKAN BERDOLAK-DALIK. INGAT!!!! BERANI KERANA BENAR. TAKUT KERANA SALAH.
SUMBER MIM.

3 ulasan:

  1. saya hanya ingin menambah satu lagi cadangan, wahai kak zah sekiranya keluarga kamu benar buatlah majlis bacaan yasin selama 40 orang jemaah 40 malam berturut-turut dan mohon kepada allah agar lelaki bertuala putih yang menyamar sebagai suami itu ditimpa allah bala bencana yang maha dahsyat kerana sanggup berlakun sebagai suamimu untuk mengaibkan suami tercinta. beranikah kau kak zah. tentu kau berani.

    BalasPadam
  2. Ya sahabat tanpa nama, saya rasa inilah satu cara yang sebenar-benarnya jika Puan Zizah inginkan kebenaran diatas penafiannya tentang lelaki bertuala putih itu, jika saya dijemput saya juga sudi turut bersama dalam bacaan yasin tersebut.

    BalasPadam
  3. Kan dah dia kata "ITU BUKAN SUAMINYA" faham faham sajalah, bagaimana pula bila terbukti nanti itu sebenar suaminya? Sebenarnya saya yakin bahawa si isteri dah 80% percaya. Tak payah beri apa apa cadangan pun sebab orang semacam itu tak akan menerima apa jua cadangan. Biar lah luncai terjun dengan labu labunya. Biarkan, biarkan, biarkan.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E