"Penyembahan" Anwar Atur Kedudukan Dalam Pas Tidak Mengejutkan-Fairus




KUALA LUMPUR 21 April-Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin tidak menolak desas-desus yang menyebut terdapatnya usaha oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengatur "saudagar-saudara mimpinya" yang lain untuk berada didalam kepimpinan Pas menjelang muktamat agung parti itu June ini.

Beliau yang merupakan bekas orang kepercaan Anwar seterusnya meminta kepimpinan Pas perlu melakukan sesuatu untuk menghalang anasir yang boleh merosakkan parti itu demi kelansungan perjuangan parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam.

"Saya sedikit pun tidak terkejut dengan perkembangan itu kerana saya lebih mengenali Anwar...beliau adalah makhluk yang akan menggunakan apa jua taktik untuk memastikan "orang-orangnya" berada di dalam pas."Tambahan pula dengan kedudukannya yang dikatakan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang, sudah pasti Anwar mahukan mereka yang boleh mengawal Pas daripada dalaman untuk memastikan beliau terus berada di puncak kekuasaan di dalamrakan-rakan pembangkang.

"Anwar mungkin sedar dan bimbang rakan-rakan sekutunya akan menolak kepimpinan beliau sebagai peneraju di sebabkan oleh liabiliti tadi. Sebab itulah saya tidak terkejut dengan desas-desus berkenaan. Cuma saya berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang mengambil langkah susulan untuk menyekat kemaraan golongan saudagar mimpi Anwar Ibrahim itu," kata nya kepada UMNO-Online.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang kini berlegar bahawa Anwar sedang mengatur orang-orangnya untuk berada didalam saf kepimpinan Pas menjelang muktamar agung parti tersebut June nanti. Sebelum itu, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin mendedahkan golongan "Anwarinas" yang "menyembah" dan bertuankan Anwar Ibrahim terus merosakkan perjuangan asal Pas apabila bertanggungjawab mempengaruhi dan memanipulasi rakan-rakan didalam Pas untuk lebih liberal.

Katanya pengaruh dan peranan licik golongan "Anwarinas" itu menyebabkan Pas sanggup bersikap liberal "menghalakan" lesen arak dan kegiatan judi dengan membuat Pas bersikap membisu. Kata beliau lagi, agenda golongan ini didalam Pas begitu berkesan sehingga pemimpin Pas mengorbankan perjuangan Islam untuk menjayakan pakatan pembangkang.

Khairuddin seterusnya menegaskan, jika Pas parti yang bermaruah, mereka tidak boleh membiarkan anasir berkenaan daripada menghancurkan parti tersebut. Katanya sampai bila Pas harus menuruti kehendak Anwar dan menjadi pengikut yang setia didalam pakatan pembangkang yang bukannya berpaksikan kepada teras perjuangan sendiri.

"Jadilah parti yang bermaruah..saya tahu kepimpinan Pas menyedari perkara ini. Namun mungkin disebabkan tersepit antara dua kuasa dan perjuangan, mereka mendiam diri. Janganlah terlambat kerana risikonya cukup besar," katanya.-MediaUMNO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...