Kerajaan Pusat Terpaksa Salur RM19 Juta Untuk Atasi Isu Air Kelantan

Pengurusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk
Mustafa Mohamed
KOTA BAHRU - Sememangnya pentadbiran kerajan Pas Kelantan tidak mampu menjaga kebajikan rakyat Kelantan apabila mereka tidak mampu memberikan khidmat bekalan air paip kepada rakyat sepenuhnya biar pun sudah 20 tahun memerintah negeri.


Malah Pusat telah memberikan pinjaman RM600 juta untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih juga masalah itu belum selesai. Perkembangan terbaru, www.kelatekito.net mendapati kerajaan pusat sekali lagi membantu dengan mengeluarkan peruntukan disebabkan AKSB gagal menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna.


Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Mustafa Mohamed berkata tahun ini, kerajaan Persekutuan menyalurkan RM19 juta kepada Jabatan Kesihatan Kelantan bagi menyelesaikan maslalah air bersih dikawasan kritikal. "Ini penyelesaian sementara, (penyelesaian) yang sepatutnya melalui AKSB. Jika AKSB benar-benar dapat menyelesaikan masalah itu peruntukan dari kerajaan Pusat ini sepatut nya boleh digunakan untuk pembangunan lain di negeri ini antaranya membina beberapa sekolah.


Memang terasa sedap dan nyaman mandi di kali
(perigi atau telaga) ini jika di kawasan kampong boleh
di gali perigi, tapi bukan semua tempat yang ada
sumber air nya dan bagaimana hendak gali perigi
di kawasan bandar?
"Sebab itu kita amat dukacita dengan masalah ini," katanya. Mustafa yang juga Menteri Perdagangan Antara bangsa dan Industri pihaknya sedang menyeharaikan semula kawasan kritkal yang memerlukan penyaluran air bersih mengikut keutamaan. www.kelatekito.net pernah mendedahkan isu bekalan air di Kelantan bahawa AKSB gagal  memenuhi kehendak rakyat dengan membekalkan air paip bersih keseluruh 1.9 juta rakyat Kelantan di negeri ini akibatnya 11 rakyat dinegeri ini maut akibat denggi.

Rakyat akan persoalkan sudah 21 tahun Pas memerintah namun isu air Kelantan masih tiada penyelesaian, malah lebih banyak masalah yang timbul. Pendedahan terbaru ialah kegagalan kerajaan Pas Kelantan menyediakan bekalan air bersih kesetiap kampong mendorong penduduk negeri ini mencari alternatif lain seperti membena telaga sendiri tanpa penutup yang menjadikan tempat nyamuk Aedes.

Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keadaan telaga yang tidak mempunyai penutup merupakan salah satu penyebab Kelantan antara negeri tertinggi yang merekodkan penyakit demam denggi dengan 11kematian sepanjang tahun lepas. Beliau berkata jajahan Bachok anatara jajahan tertinggi yang mengalami penyakit berkenaan iaitu 159 kes termasuk 124 kes demam denggi berdarah. "Ia meningkat sangat kerana berbanding 99 kes berbanding tahun 2009," katanya.-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...