Anwar Yang Gagal, Hadi Yang Kena Letak Jawatan?

Aziz Bari, pelacur akedemik yang menjadi alat propoganda pembangkang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menyifatkan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai "biawak hidup" dan memintanya meletakkan jawatan akibat kegagalan 100% Pas dalam pilihan raya di negeri Sarawak.


Walau ramai pemerhati politik menyifatkan kenyataan itu adalah atas arahan Anwar yang "panas omega" melihat rakaman Hadi memeluk Perdana Menteri bila bertembung dalam kempen pilihan raya di negeri Sarawak di Beting Maro.


Aziz Bari diketahui lebih condong kepada Anwar dan PKR malah antara 2 "pakar" perkembangan yang dilantik kerajaan Pakatan Selangor untuk membuat pindaan keatas perlembagaan  negeri Selangor dalam hal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Bukan penulis berminat untuk mempertahankan Hadi Awang, tidak sama sekali, tetapi penulis ingin men'sekolah'kan kembali Aziz Bari yang nampaknya gagal melihat keputusan keseluruhan PRN Sarawak yang menyaksikan BN menang besar dan Pakatan kalah besar juga.


Dibandingkan dengan Pas yang hanya meletakkan 5 calon dalam pilihan raya negeri yang lepas, Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar bertanding kesemua 71 kerusi yang dipertandingkan. Dari jumlah itu, PKR bertanding 49 kerusi yang merupakan jumlah terbesar dibanding komponen PR yang lain.


Bagaimana Aziz Bari boleh meminta Hadi Awang meletak jawatan atas alasan Pas kalah 5 kerusi sedangkan Anwar gagal memastikan kemenangan 46 kerusi untuk PKR (6 daripada nya hilang wang pertaruhan) dan keseluruhan 55 kerusi bagi pihak Pakatan Rakyat, tidak pula diminta letak jawatan?. Mahu juga rasanya mempersoalkan institusi mana yang menganugerahkan Profesor kepadanya, nampak sangat tak layak.


Penulis yakin Pas semakin tidak relevan kepada Pakatan Rakyat dan bakal membawa kepada perpecahan Pakatan yang tidak ada satu pun yang rasmi mengenainya ini seperti dibuktikan dalam tindakan terbaru Anwar ini (melalui Aziz Bari). Bukan sedikit pendapat didalam Pas yang melihat penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat hanya menguntungkan Anwar dan DAP, lagipun skandal seks video Anwar ini hanya akan menyebabkan kredebliti Pas sebagai Parti Islam, tercabar. "YANG PENTING, MANA-MANA PUN, BN DAN UMNO JUGA YANG UNTUNG".





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular