Kalau Betul Fitnah, Kenapa Anwar Tidak Saman Trio Datuk ' T ' ?

KUALA LUMPUR, 28 April - Trio Datuk "T" menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berani membuat laporan polis berhubung isu pendedahan rakamanvideo seks yang didakwanya membabitkan dirinya tetapi tidak berani untuk menyaman trio tersebut sepertimana dia menyaman Tun Mahathir.

Datuk Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim yang dikenali sebagai Trio Datuk T berkata, sekiranya pada tahun 2006, Anwar berani menfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Tun Mahathir kerana menuduhnya seorang homoseksual (bagaimanapun mahkamah rayuan telah membatalkan rayuan saman fitnah tersebut dan mengarah Anwar membayar kos), mengapa diatidak mengambil tindakan menyaman trio tersebut?

"Sekiranya benar Anwar bukan individu di dalam  video tersebut, mengapa sehingga kini dia tidak saman kami. Dia hanya membuat laporan polis kerana kami mendedahkan video tersebut. Dia mendesak tindakan dikenakan keatas kami kononnya mengedar video lucah tetapi kenapa tidak kemukakan saman?


"Bukanlah sebelum ini dia terlalu mudah mangambil tindakan saman terhadap sebarang kes yang dikaitkan dengan dirinya. Tetapi kerana kes ini tidak mengemukakan saman? Malah sehingga kini dia tidak berani menjawab lima soalan yang ditanya Datuk Eskay ," ujar Tan Sri Rahim Thamby Chik di pertemuan khas bersama UMNO-Online disini, hari ini.

Turut hadir di pertemuan tersebut adalah Datuk Shazryl Eskay dan juga Datuk Shuib. Selain itu, trio Datuk T juga menegaskan bahawa pendedahan berkenaan isu ralaman video ini sama sekali tidak ada kena mengena dengan konspirasi politik.

"Kebetulan awak dari UMNO, saya nak tegaskan, pendedahan ini tidak ada sebarang konspirasi politik. Saya tidak perlukan orang politik untuk pendedahan ini.

"Pendedahan ini juga adalah kerana kami rasa bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran. Kami mahu rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya manusia bernama Anwar Ibrahim, JIka ini dikatakan apa yang saya lakukan ini adalah unsur dendam , terpulang. Tetapi inilah kenyataan sebenar sikap Anwar Ibrahim yang hipikrit," katanya.

Datuk Eskay ketika diajukan soalan mengapa mendedahkan rakaman tersebut sedangkan  beliau adalah orang kepercayaan Anwar, beliau menjelaskan sudah muak menjadi orang suruhan Anwar. "Saya muak dengan sikap Anwar dan berbalik soalan kepada soalan kamu, tanya Chadra Muzaffar, Nalla Karuppan, Ezam dan Anuar Shaari mengapa mereka meninggalkan Anwar. Selepas itu baru saya jawab soalan kamu," jalas Datuk Eskay.

Sebelum ini , Candra Muzaffar (TimbalanPresiden PKR), Datuk Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong), Ezam Mohd Noor (Ketua Pemuda PKR) dan Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim) mengambil tindakan meninggalkan Anwar Ibrahim apabila mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya bertanggungjawab sepenuhnya diatas pendedahan ini yang dilakukan. Katanya, demi kepentingan negara dan nasib rakyat Malaysia, mereka bertiga sanggup menanggung segala akibat daripada pendedahan ini kerana semua yang didedahkan adalah kebenaranyang nyata-MediaIMNO

Oleh: Azlina Rosdy.

1 ulasan:

  1. Kalau dia saman mampuslah dia. Semua akan terbongkar dalam mahkamah. Sebab itu dia tak saman ummi hafilda, nallakarupan. Macam macam ummi hentam dia..macam macam nalla cakap pasal dia.

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular