Identiti Pemilik Jam Omega Diketahui Tak Lama Lagi:Polis

PERHATIAN: Ini adalah model jam Omega Tapi bukanlah jam Omega Anwar
KUALA LUMPUR - 11 April - Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.


"Sebelum ini kita telah memberi tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tida sebarang jawapan diberikan," katanya kepada pemberita disini Isnin. Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung kes video itu.


Jam itu dilaporkan ditemui dibilik aksi seka berkenaan berlaku. Dalan satu sidang akhbar sebelum ini, Anwar, yang ditanyai mengenai jam tangannya berkata, jam tangan beliau ada pada isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Semalam pula, pada satu sidang akhbar di Kuching, kitika ditanya kanapa jam itu tidak diserahkan kepada poli, Anwar berkata polis tidak meminta jam itu dan biarlah polis yang meminta.


Acryl Sani, ketika ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam itu, berkata: "Kita perlu selesai soal indentiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan."Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," katanya. Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes rakaman video itu, beliau berkata ada beberapa perkara kecil yang perlu dikemaskini dan siasatan mungkin dapat diselesaikan dalam minggu ini dan kertas siasatan dapat dihantar semula kepejabat Peguam Negara untuk semakan dan perbincangan lanjut.


"Ada beberapa perkara membabitkan keterangan yang perlu diberi gambaran semula. Walaupun ada keterangan kecil yang telag diambil tetapi ianya juga penting bagi membantu siasatan," katanya. Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.


Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes muat naik video seks itu kesebuah laman web, Acryl  Sani berkata polis menerima salinan asal dan tidak tahu siapa yang muat naik video itu. "Soal siapa dan bagaimana ianya diedarkan awak kena tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang aedang disiasat." katanya. Ketika ditanya mengenai identiti seorang wanita dalam rakaman video seks itu, Acryl Sani berkata polis masih lagi mengesan identiti dan lokasi wanita itu berada. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular