55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Jangan Hilang Fokus Hingga Lupa Isu Utama Siapa Sebenarnya Pelaku Video Seks




JOHOR BAHRU, 20 April - Sejak tersebarnya aksi rakaman video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak gegasan yang dibuat oleh pembangkang agar tindakan segera diambil kepada pengedar video terbabit.

Gesaan tersebut seolah-olah mahu mengelakkan isu agar tindakan diambil terhadap pelaku didalam video tersebut. Menurut Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday, seharusnya tindakan turut diambil terhadap pelaku didalam video tersebut setelah ianya disahkan terutamanya sekiranya pelaku terbabit adalah seorang berugama Islam.

"Mahkamah Syariah seharunya bersedia untuk mengambil tindakan setelah pihak polis mendedahkan hasil siasatan dan mengumumkan siapakah sebenarnya individu yang terbabit dalam rakaman video itu.


"Bagi saya, pembangkang mendesak agar Datu T dikenakan  tindakan kerana  mengedar video tersebut adalah untuk mengelak desakan orang ramai agar pelakunya didedahkan. Orang ramai ingin mengetahui siapakah sebenarnya individu terbabit. Benarkah Anwar Ibrahim atau sebaliknya," kata beliau kepada UMNO-Online.

Tegasnya lagi kemungkinan pihak pembangkang sendiri amat yakin bahawa individu tersebut adalah Anwar jadi seboleh-bolehnya mereka mencari pelbagai helah agar perkara ini tidak digembar gemburkan.

"Anwar tidak berani bersumpah laknat terhadap isu ini. Jawapan kepada jam Omega juga tidak dapat diberikan dan ini semua memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa individu tersebut adalah Anwar Ibrahim. Tetapi saya tetap berharap dan mahu tindakan tegas diambil oleh mahkamah syariah apabila kes ini didedahakan.

"Kita tidak boleh membiarkan pelakunya bebas dan menganggap  kerajaan tidak mampu  mengambil tindakan terhadapnya," ujarnya. Pada 4 April lalu, klip video seks berkenaan dimuat naik ke laman web YouTube yang menyaksikan tiga individu iaitu dua lelaki yang dipercayai Datuk Eskay dan Anwar Ibrahim bersama seorang wanita dipercayai pelacur. Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya keluar meninggalkan pasangan berkenaan.

Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari YouTube. Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang dipercayai mengambil masa hampir setengah jam. Berdasarkan rakaman asal video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.-MediaUMNO 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E